nonimpulsive force | daya bukan dedenyut | Mekanik | Gunaan | Daya yang tidak menimbulkan perubahan momentum, ataupun perubahan momentum yang ditimbulkannya boleh diabaikan. Misalnya, kesan berat sesuatu jasad yang mengalami hentaman terhadap perubahan momentumnya boleh diabaikan jika dibandingkan dengan kesan daya hentaman itu sendiri. Dalam kes yang sedemikian, berat jasad itu boleh diambil kira sebagai daya bukan dedenyut. Lihat juga daya dedenyut. |
desolation | terpinggir) | Perubatan | Tiada | Perasaan disingkirkan dan diabaikan yang dirasai oleh pesakit. |
particle | zarah | Kejuruteraan | Tiada | 5. Jasad yangdimensinya dapat diabaikan dalam analisis mekanik, dan mengisi hanya satu titik di ruang yang berkenaan. |
particle | zarah | Mekanik | Gunaan | Jasad yang dimensinya boleh diabaikan dalam analisis mekanik. Zarah diandaikan mengisi hanya satu titik di ruang yang berkenaan. Misalnya, sebuah kapal terbang yang sedang terbang boleh dianggap sebagai suatu zarah apabila gerakan kapal terbang di dalam laluannya dianalisis. (Bagaimanapun, kapal terbang itu terpaksa dianggap sebagai jasad tegar jika perkara yang hendak dianalisis ialah,misalnya, tegasan pada sayapnya). Lihat juga jasad tegar. |
cold plasma | plasma sejuk | Kejuruteraan | Tiada | Plasma yang gegaran termanya diabaikan. |
body | jasad | Mekanik | Gunaan | Kelompokan jirim atau zarah yang dimensinya tidak boleh diabaikan, dan digunakan sebagai rujukan dalam analisis atau perbincangan. Lihat juga jasad tegar, jasad boleh ubah bentuk, zarah. |
slender | langsing | Mekanik | Gunaan | Mempunyai dimensi keratan rentas yang kecil dan boleh diabaikan apabila dibandingkan dengan panjang. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk pada sifat fizikal anggota struktur. Misalnya, anggota kekuda semuanya anggota langsing. Sinonim lampai. |
far field | medan jauh | Fizik | Akustik | Kawasan yang magnitud aruhannya cukup kecil dan boleh diabaikan. |
Lorentz gas | gas Lorentz | Fizik | Haba | Gas yang dianggap sepenuhnya, saling tindakan antara elektron diabaikan dan ion tersebut pula pegun. |
thin source | punca nipis | Kejuruteraan | Tiada | Punca radioaktif yang kesan serapan-diri atau serakan boleh diabaikan. |