experienced mortality | kemortalan dialami | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kemortalan sebenar yang dialami oleh syarikat bagi sesuatu tempoh tertentu. Bilangan tuntutan kematian untuk selang masa tertentu. |
progeria | progeria | Perubatan | Tiada | Keadaan tua yang dialami sebelum waktunya, yang biasanya dialami semasa peringkat kanak-kanak lagi. Antara ciri keadaan ini termasuklah pertumbuhan saiz yang terbantut, ketiadaan rambut dan bulu, kulit yang berkedut-kedut dan rambut yang beruban. Keadaan ini jarang-jarang berlaku. |
instantaneous velocity | halaju ketika | Mekanik | Gunaan | Halaju yang dialami oleh jasad pada suatu ketika yang tertentu dalam tempoh gerakannya. Berdasarkan takrifnya, halaju purata yang dialami oleh jasad apabila bergerak dengan sesaran terhingga δs dalam masa yang terhingga δt ialah vpur = δs/δt. |
metamorphosis | metamorfosis | Biologi | Entomologi | Perubahan bentuk dan struktur yang dialami oleh haiwan dari peringkat embrio ke peringkat dewasa, misalnya perubahan bentuk dan struktur yang dialami oleh serangga. |
bodily injury | kecederaan anggota | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kecederaan kepada tubuh badan yang dialami oleh seseorang dalam tempoh polisi termasuk kematian pada bila-bila masa akibat daripada kecederaan tubuh badan yang dialami. |
d�j� vu | deja vu | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan yang dialami oleh seseorang seolah-olah sudah pernah berlaku sebelum ini. Deja vu ialah sejenis ilusi pengecaman atau paramnesia. Pengalaman ini dikatakan berlaku kerana wujudnya tanda saran yang pernah dialami tetapi tidak mencapai nilai ambangnya. Contohnya, apabila berada di tempat tertentu, sesuatu yang dilihat oleh individu itu kadangkala terasa seperti pernah dilihat sebelumnya. |
deja vu experience | pengalaman deja vu | Psikologi | Psikologi Umum | Pengalaman yang pernah dialami berkaitan dengan sesuatu kejadian. Contohnya, apabila seseorang berada di suatu tempat tertentu, perkara yang dilihat dan dirasa begitu serupa dengan apa yang pernah dialami sehingga boleh berasa bahawa dia pernah berada di tempat itu. Mengikut sesetengah pendapat, perkara yang dilihat itu mungkin pernah dilihat menerusi gambar atau filem tetapi tempat atau masanya tidak dapat diingati lagi. Bagi ahli psikologi fisiologi, perasaan ini dikaitkan dengan seseorang yang mengalami kerosakan pada korteks atau lobus temporalnya. |
perigee | perigi | Kejuruteraan | Tiada | 1. Titik pada orbit penerbangan bebas berbentuk elips yang berada paling dekat dengan pusat bumi.,2. Jarak minimum dari pusat bumi yang dialami satelit yang beredar pada laluan berbentuk elips.,3. Keadaan yang dialami mata hari, bulan atau satelit buatan apabila ia berada paling hampir dengan bumi. |
bumpiness | keanggulan | Aeroangkasa | Tiada | Gegaran yang dialami oleh pesawat akibat keadaan atmosfera yang dicirikan oleh perubahan cepat komponen halaju menegak angin. |
progeria | progeria | Gerontologi | Tiada | Penuaan yang dialami sebelum waktunya, biasanya berlaku semasa peringkat kanak-kanak. |