Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dia.lék.tik] | دياليکتيک

Definisi : (dialéktik) seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan: tentu sahaja engkau tidak mengerti soal ini, kerana engkau tidak berfikir secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dialektik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antithesisantitesisSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan berlawanan secara langsung dengan sesuatu pernyataan atau sesuatu tesis. Konsep ini merupakan sebahagian daripada proses dialektik materialisme Marx yang menyatakan bahawa asas material sesuatu perkara itu berkembang berdasarkan suatu proses dialektik. Dalam proses ini, keadaan itu berkembang hasil daripada konflik antara satu tesis dengan antitesis. Konflik ini akan berakhir dengan suatu rumusan yang dipanggil sintesis. Sebagai contoh, keadaan kapitalisme melahirkan dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas buruh. Keadaan ini telah melahirkan penentangan buruh terhadap pemodal yang kemudiannya melancarkan revolusi proletar. Penentangan ini merupakan antitesis kepada keadaan kapitalisme tersebut. Konflik ini juga akan melahirkan suatu keadaan sintesis atau dalam ramalan Marx satu masyarakat tanpa kelas.
Marxism-Leninismfaham Marx-LeninSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme.

Kembali ke atas