diplomatic asylum | suaka diplomatik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perlindungan yang diberikan oleh suatu kedutaan atau pejabat perwakilan kepada seseorang yang meminta perlindungan di wilayah perwakilan diplomatik negara asing. Antara sebab utama seseorang itu mendapatkan suaka diplomatik ialah kebimbangan bahawa dia akan dianiaya oleh pemerintah di negara sendiri disebabkan keturunan, agama, kerakyatan, keahliannya dalam kumpulan atau pendapat politiknya. Dalam Perkara 14 Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948, terdapat pernyataan yang menyatakan secara ringkas bahawa setiap orang berhak mendapatkan dan menikmati suaka di negara lain. |