cumulative preferred stock | saham keutamaan terkumpul | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Saham keutamaan yang mengadakan peruntukan khas tentang dividen yang terkumpul yang belum dibayar, mesti dibayar terlebih dahulu sebelum dividen ke atas saham biasa diagihkan. |
cummulative feature | ciri terkumpul | Pentadbiran | Tiada | Ciri saham keutamaan yang memerlukan semua dividen terhadapnya dibayar terlebih dahulu sebelum dibayar dividen terhadap saham biasa. |
return premium | pemulangan premium | insurans | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. 2. Rider dalam polisi insurans hayat, yang memperuntukkan bahawa sekiranya insured meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan maka insurer akan membayar satu amaun bersamaan dengan jumlah semua premium yang telah dibayar, sebagai tambahan kepada amaun muka polisi. |
kharaj | cukai tanah | Perniagaan Islam | Tiada | Cukai yang dibayar kepada pihak berkuasa yang dikenakan kepada pengusaha tanah kharajiyyah sama ada beragama Islam atau tidak. Cukai tanah boleh dibayar berdasarkan kekerapan hasil pengeluaran atau dibayar setahun sekali mengikut budi bicara pihak berkuasa. Sekiranya berdasarkan kekerapan hasil pengeluaran, cukai ini dikenali sebagai kharaj muqasamah. Sekiranya berdasarkan tempoh setahun sekali, cukai ini dikenali sebagai kharaj masahah atau wazifah. Sinonim daribah aradiy. |
preferred stock | saham keutamaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Saham yang mempunyai ciri kedua-dua sekuriti hutang dan ekuiti dan mempunyai hak tuntutan ke atas aset terlebih dahulu daripada saham biasa dan selepas bon. Dividen yang patut dibayar mesti dibayar lebih dahulu sebelum sebarang dividen untuk saham biasa diumumkan. saham keutamaan boleh menjadi kumulatif, penyertaan atau boleh tukar. |
return of premium | pulangan premium | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. |
compound interest | bunga kompaun | Pentadbiran | Tiada | Bunga yang dibayar bagi jumlah prinsipal dan bunga terkumpul yang belum dibayar. |
nuisance value | nilai ganggu | insurans | Tiada | Amaun yang akan dibayar oleh syarikat insurans untuk menyelesaikan sesuatu tuntutan yang tidak dianggap sah tetapi dibayar setakat untuk menyelesaikan kes tersebut. |
nuisance value | nilai ganggu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amaun yang akan dibayar oleh syarikat insurans untuk menyelesaikan sesuatu tuntutan yang tidak dianggap sah tetapi dibayar setakat untuk menyelesaikan kes tersebut. |
paid-up insurance | insurans berbayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans hayat yang semua premiumnya telah dibayar tetapi manfaat masih belum dibayar kerana polisi tersebut belum matang atau tidak berlaku kematian. Sinonim: paid-up life insurance |