Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diberi

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Diberi bertali panjang.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Diberi berpadang luas).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feedmakananVeterinarTiadaBahan makanan yang diberi kepada haiwan bagi tujuan saraan, pertumbuhan dan pengeluaran. Bahan makanan berbeza mengikut jenis haiwan, misalnya haiwan ruminan diberi bahan kasar (berserabut) atau foraj seperti rumput, jerami dan hasil sampingan pertanian, manakala haiwan monogaster pula diberi konsentrat yang tinggi kualitinya seperti jagung, hampas kacang soya, dedak padi, dedak gandum, barli dan mil ikan. Bahan makanan ini membekalkan protein, tenaga, mineral dan vitamin untuk menjamin kesempurnaan hidup ternakan. Di samping itu, bahan makanan ini diperlukan untuk menghasilkan produk-produk seperti daging, telur, susu dan bulu. Makanan yang diberi kepada ternakan mestilah berkualiti, enak, mudah dikendalikan, tiada kandungan toksik, mempunyai nilai cerna yang tinggi dan mencukupi kandungan nutriennya.
supplement dietdiet tambahanVeterinarTiadaCampuran makanan yang diberi kepada ternakan untuk membetulkan kekurangan tenaga atau nutrien tertentu. Bahan ini kerap diberi kepada haiwan yang kekurangan makanan atau yang meragut pastura berkualiti rendah. Bahan ini juga diberi kepada anak ternakan yang tidak mendapat susu secukupnya atau mengalami kekurangan nutrien. Pada kebiasaannya, diet ini dimasukkan pada aras 25-30% daripada keperluan makanan harian dan dapat membekalkan tenaga dan protein. Mil isirung kelapa sawit, dedak padi dan molases kerap digunakan sebagai diet tambahan pada ternakan ruminan. Sinonim makanan tambahan.
authorized personorang diberi kuasaGeografiTiadaSeseorang yang telah diberi kuasa untuk mengawal, mengarah dan lain-lain.
authorized personorang diberi kuasaUndang-undangTiadaSeseorang yang telah diberi kuasa untuk mengawal, mengarah dan lain-lain.
authorised persons1. orang diberi kuasa 2. orang dibenarkanUndang-undangTiada1. Orang yang diberi hak untuk bertindak bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang. 2. Orang yang dibolehkan membuat sesuatu untuk dirinya.
pail feedingpemberian makanan baldiVeterinarTiadaKaedah pemberian makanan kepada anak ternakan ruminan atau anak kuda yang telah disapih dan diberi pengurusan yang berasingan daripada ibunya. Biasanya, anak ternakan ini diberi minum susu gantian atau makanan pemula dedak yang diberi menggunakan baldi.
phytatefitatVeterinarTiadaRumput dan dedaun yang diberi makan kepada ternakan ruminan. Bahan ini boleh diberi secara segar atau diawet. Bahan ini merupakan sumber tenaga dan biasanya mengandungi serabut kasar melebihi 18%. Contohnya, rumput, daun kekacang dan daun pokok seperti nangka, ubi kayu dan pisang. Sinonim herbaj.
accession numbernombor indukPerpustakaanTiadaNombor yang diberi kepada setiap buku yang telah dicatatkan di dalam daftar perolehan atau nombor yang diberi kepada makalah dalam majalah berkala atau dokumen-dokumen lain yang telah diindeks.
adjuvant therapyrawatan adjuvanPerubatanTiadaRawatan yang diberi kepada pesakit selepas rawatan primer untuk meningkatkan peluang pemulihan penyakit. Rawatan ini mungkin diberi dalam bentuk kemoterapi, radiasi atau rawatan hormon. Sebagai contoh, Tamoxifen digunakan sebagai rawatan adjuvan dalam penyakit barah payu dara bagi mengurangkan kemungkinan berulangnya barah tersebut.
bioavailabilitybiokeperolehanFarmasiFarmakologiPeratusan drug yang sebenarnya diserap ke dalam darah daripada suatu dos yang diberi. Biokeperolehan sesuatu drug bergantung pada laluan pemberian drug dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi serapan pada tapak pemberian. Apabila sesuatu drug diberi secara intravena, biokeperolehannnya ialah 100%. Walau bagaimanapun, apabila sesuatu drug diberi melalui laluan lain {contobnya, secara oral}, biokeperolehannya berkurangan akibat penyerapan yang tidak sepenuhnya dan metabolisme laluan pertama. Biokeperolehan juga boleh berbeza antara satu pesakit dengan pesakit yang lain. Biokeperolehan adalah penting dalam farmakokinetik kerana perlu diambil kira semasa pengiraan dos untuk pemberian drug selain daripada cara intravena. Lihat juga metaboHsme laluan pertama.
12345678910...

Kembali ke atas