nonrepudiation | tanpa sangkalan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menafikan perbuatannya berdasarkan bukti yang sahih kecuali dibuktikan sebaliknya. Contohnya, mesej yang ditandatangani secara digital dengan kekunci persendirian. Penyahsulitan mesej tersebut dengan menggunakan kekunci awam akan membuktikan mesej telah dihantar. Penafian terhadap tandatangan hanya boleh dilakukan sekiranya kekunci persendirian tersebut dibuktikan dicuri oleh pihak lain. Lihat juga tandatangan digital. Banding sangkalan. |
theorem | teorem | Matematik | Tiada | Pernyataan yang berbentuk implikasi yang telah dibuktikan benar. Bahagian hipotesis merupakan andaian, manakala bahagian akibat merupakan kesimpulan, iaitu kesimpulan menyusul daripada andaian yang diberi. Misalnya, teorem Pithagoras. Bandingkan korolari, lema. |
pseudopsychology | pseudopsikologi | Psikologi | Psikologi Umum | Andaian, kepercayaan atau amalan yang tidak dapat dibuktikan dengan data atau ujian saintifik. Contohnya, palmistri ialah satu sistem yang boleh meramalkan nasib atau personaliti seseorang berdasarkan garisan di tapak tangan. Contoh lain ialah kepercayaan bahawa tahap kecelaruan mental seseorang biasanya dikaitkan dengan pembesaran bulan. |
corollary | korolari | Matematik | Tiada | Pernyataan yang disimpulkan daripada pernyataan sebelumnya dan ia tidak perlu dibuktikan kebenarannya. |
corollary | korolari | Sejarah | Tiada | Pernyataan yang disimpulkan daripada pernyataan sebelumnya dan ia tidak perlu dibuktikan kebenarannya. |
judicial notice | notis kehakiman | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Peraturan dalam undang-undang keterangan yang membenarkan mahkamah menerima sesuatu fakta (termasuk undang-undang) yang diketahui umum tanpa perlu dibuktikan oleh pihak yang bertelingkah di dalam mahkamah. Melalui peraturan ini, sesuatu fakta boleh diterima oleh mahkamah jika kebenaran fakta tersebut terlalu jelas dan tidak boleh disangkal lagi. Dengan itu, pihak yang bertelingkah tidak memikul beban untuk mengemukakan bukti bagi menunjukkan kebenaran fakta tersebut. Contohnya, di Malaysia, umum mengetahui bahawa tarikh 31 Ogos ialah cuti umum, maka mahkamah nasional akan mengambil notis kehakiman tentang fakta ini, dan fakta ini tidak perlu dibuktikan lagi. Namun, dalam konteks undang-undang antarabangsa, mahkamah atau tribunal antarabangsa tidak boleh mengambil notis kehakiman tentang sesuatu fakta dari undang-undang nasional. Mahkamah antarabangsa memerlukan bukti tentang undang-undang nasional itu yang boleh diberi oleh pakar undang-undang nasional tersebut, malah boleh juga melakukan pen |
elite stand | dirian elit | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Sejumlah pokok tang terbaik dan terpilih serta telah dibuktikan kualitinya melalui kajian. |
absolute liability | liabiliti mutlak | insurans | Tiada | Liabiliti ganti rugi walaupun kecuaian atau kesilapan tidak dapat dibuktikan. |
strict liability | liabiliti ketat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Liabiliti ganti rugi walaupun kecuaian atau kesilapan tidak dapat dibuktikan. |
accounting postulate | dalil perakaunan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rekod dan tafsir urus niaga kewangan yang tidak perlu dibuktikan kerana memang sudah nyata. |