fresh meat | daging segar | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Daging mentah yang belum melalui sebarang kaedah pemprosesan kecuali pendinginan, pembekuan atau pembekuan segera, termasuk daging yang dibungkus-vakum atau dibungkus dalam suhu terkawal. |
cardboard covered | bungkusan kadbod | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kiriman yang dibungkus dengan menggunakan kadbod. |
sous vide | sous vide | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kaedah memasak makanan yang dibungkus secara vakum dalam kantung plastik atau balang kaca lalu dimasukkan ke dalam kukusan air. Contohnya, daging yang dimasak menggunakan kaedah ini mengambil masa selama satu hingga tujuh jam pada suhu 55°C hingga 60°C. Kaedah ini bertujuan untuk memastikan bahagian dalam daging dimasak dengan sempurna tanpa terlebih masak di bahagian luarnya dan memastikan kelembapan daging dikekalkan. |
opthalmic | larutan oftalmik | Farmasi | Tiada | Larutan steril yang bebas daripada zarah asing dicampur dan dibungkus bersesuaian untuk dititiskan ke dalam mata. |
ball and burlapped | bulat dan bungkus | Pertanian | Agroteknologi | Bahagian akar pokok yang dibentuk menjadi bulat dan kemudiannya dibungkus bagi tujuan memudahkan pemindahan pokok yang besar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Apabila sesuatu pokok selesai digali, akarnya perlu dicantas kira-kira 1 meter daripada pangkal pokok. Tanah di sekeliling akar dibiarkan melekat pada pokok dan seluruh pokok bersama-sama tanah kemudiannya dikeluarkan. Bahagian pangkal akar perlu dibalut dan diikat dengan menggunakan bahan seperti guni. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kehilangan air daripada bahagian pangkal pokok tersebut. Pokok ini kemudiannya boleh dipindahkan ke kawasan yang baharu. |
freezer burn | bakaran penyejuk beku | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kerosakan visual dalam makanan sejuk beku yang tidak dibungkus dengan baik menyebabkan pemejalwapan daripada ais kepada wap air. Bakaran penyejuk beku menghasilkan tompokan pucat disebabkan oleh pengeringan pada permukaan makanan. |
pastry | pastri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Adunan tepung yang biasanya dimasukkan inti daripada daging cincang, kentang dan sedikit serbuk perasa yang dimasak dan dibungkus. |
pastry | pastri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Adunan tepung yang biasanya dimasukkan inti daripada daging cincang, kentang dan sedikit serbuk perasa yang dimasak dan dibungkus. |
water vapour transmission rate | kadar pemindahan wap air | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kadar penyerapan wap air daripada atmosfera oleh makanan yang dibungkus, atau kehilangan air daripada makanan tersebut ke atmosfera. Kadar pemindahan wap air sering dinyatakan dalam bentuk gram bagi setiap 100 inci persegi filem pembungkus, 0.001 inci tebal, pada suhu, kelembapan dan tekanan atmosfera tertentu, setiap 24 jam. |
post-harvest handling | pengendalian pascatuai | Pertanian | Agronomi | Aktiviti pengurusan hasil tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan bunga-bungaan selepas hasil dituai. Contohnya, hasil tanaman dibersihkan, diasingkan mengikut gred, dibungkus, dilabel dan disimpan dalam suhu yang sesuai sebelum dipasarkan. |