Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicetuskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
broncheal asthmaasma bronkialPerubatanTiadaKeadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh bersenam, habuk dan stres psikologi. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penyakit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin.
bronchial asthmaasma bronkialPerubatanFarmakologi

Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit, yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh habuk, stres psikologi dan bersenam. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penya kit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan.  Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin.

reflexrefleksPerubatanTiadaPergerakan tak voluntari yang dicetuskan oleh rangsangan dari tempat lain di dalam atau pada permukaan tubuh. Misalnya, refleks akson dan refleks sentak lutut.
diastolediastolVeterinarPraklinikalPengenduran ventrikel jantung yang dicetuskan oleh nodus sinoatrium (nodus SA). Diastol terbahagi kepada tiga fasa. Pada awal diastol; ventrikel mengendur; injap semilunar tertutup dan injap atrioventrikel terbuka seterusnya ventrikel diisi dengan darah. Pada pertengahan diastol; atrium turut mengendur dan ventrikel terus diisi dengan darah. Pada akhir diastol; atrium mengecut dan ventrikel diisi dengan lebih banyak darah.
systolesistoleVeterinarPraklinikalPengecutan bahagian ventrikel jantung yang dicetuskan oleh nodus atrioventrikel (nodus AV) dan menghantar impuls ke gentian Purkinje dan sel ventrikel. Semasa sistole; ventrikel mengecut; injap atrioventrikel tertutup dan injap semilunar terbuka; kemudian darah dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari.
accident neurosisneurosis kemalanganPerubatanTiadaNeurosis yang disebabkan atau dicetuskan oleh kemalangan.
Bilbao effectkesan BilbaoKesenianSeni BinaGaya seni bina yang dicetuskan oleh binaan seni bina ikon di kawasan yang kurang dikenali atau sedang membangun. Kesan Bilbao dapat dilihat daripada pembaharuan positif sesuatu bandar dari aspek sosiologi, politik dan ekonomi. Kesan ini dipelopori oleh binaan Muzium Guggenheim yang direka oleh seorang arkitek bernama Frank Gehry yang memasyhurkan pekan Bilbao, Sepanyol.
unconditoned responserespons tidak terlazimPendidikanTiadaRespons emosi atau fisiologi yang dicetuskan secara automatik atau semula jadi.
euphoriaeuforiaPerubatanTiadaKeriangan yang abnormal atau berlebihan. Keadaan ini boleh dicetuskan oleh dadah-dadah tertentu atau penyakit mania.
logic bombbom logikTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang berkebolehan memusnahkan data jika dicetuskan oleh sesuatu tindakan menceroboh.
1234

Kembali ke atas