Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didapati

Puisi
 

Cik Siti menyulam bunga,
     Kain baldu disulam kelingkan;
Sudah didapati tidak berguna,
     Kenapa tak mahu tuan lepaskan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Yang dikejar tidak dapat,
     yang dikendong berciciran.

Bermaksud :

Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scleraskleraBiologiHistologi dan SitologiMembran gentian liat, tumpat dan legap yang menjadi sebahagian besar gentian tunika bola-mata. Otot okulusnya didapati terselit didapati terselit di anterior membran ini dan diseliputi oleh skelera konjunktiva. Membran ini berfungsi sebagai membran pelindung. skerotika; salut skelera.
carbohydratekarbohidratMakanan dan PemakananTeknologi MakananSumber tenaga dalam diet yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Karbohidrat boleh didapati dalam bentuk ringkas dan kompleks dan dikelaskan kepada monosakarida, disakarida dan polisakarida. Dalam tisu haiwan, karbohidrat hanya didapati sebagai gula dan glikogen, manakala dalam tisu tumbuhan karbohidrat juga didapati sebagai kanji, selulosa, gam, dan bahan-bahan lain. Contoh makanan yang banyak mengandungi karbohidrat ialah bijirin, ubi kentang, dan nasi.
underwriting profit/losskeuntungan/kerugian penajajaminanPentadbiran PerniagaanTiada1. Keuntungan/kerugian yang didapati daripada urus niaga insurans berbeza dengan yang didapati daripada pelaburan.
blady grasslalangVeterinarTiadaTumbuhan dari famili Graminae Imperata cylindrica (L) Beauv. yang banyak didapati di kawasan tropika. Lalang mengandungi 4-7% protein dengan jumlah nutrien tercerna (TDN) sebanyak 40-50% dan silika boleh didapati pada daun yang tua. Walau bagaimanapun, tumbuhan ini tidak begitu digemari oleh ternakan ruminan.
holiday effectkesan cutiPentadbiran PerniagaanTiadaKesan ke atas harga hasil daripada peristiwa percutian dengan pulangan purata saham tertentu yang didapati lebih tinggi pada hari dagangan sebelum hari cuti umum seperti yang didapati dalam kajian empirikal.
quantum mechanicsmekanik kuantumKimiaTiadaTeori jirim dan sinaran elektromagnet yang menerangkan fenomena fizik pada peringkat atom dan subatom. Magnitud sinaran ini didapati daripada pendaraban frekuensi sinaran dengan pemalar semesta, iaitu pemalar Planck. Setiap sinaran elektromagnet didapati terkuantum dan teori ini diperkembang oleh Niels Bohr dengan merangkumi penerangan tentang spektrum hidrogen secara kuantitatif. Sin. teori kuantum.
chromickromikKimiaTiadaBerkaitan atau didapati daripada kromium.
procurementperolehanSejarahTiadaSesuatu yang didapati atau diperolehi dengan berusaha sendiri.
sarcomasarkomaAIDSTiadaKanser yang didapati pada tisu penghubung, otot dan tulang. Contoh, sarcoma Kaposi.
habituationpenghabitatanBiologiFisiologiPenyesuaian yang didapati pada sel atau organisma dengan adanya rangsangan yang sama secara berterusan yang akan memberi suatu kesan; suatu bentuk pembelajaran yang suatu kelakuan tidak dibuat lagi kerana haiwan tersebut sedar bahawa kelakuan itu tidak mempunyai daya penyesuaian.
12345678910...

Kembali ke atas