Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dif.té.ria] | ديفتيريا

Definisi : (diftéria) (Ubat) sj penyakit berjangkit (biasanya menjangkiti kanak-kanak) yg di­akibatkan oleh bakteria Corynebacterium diptheriae, yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, dan gangguan pernafasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dif.té.ria] | ديفتيريا

Definisi : /diftéria/ ist penyakit berjangkit, biasanya menjangkiti kanak-kanak, yg disebabkan oleh sj bakteria (antara gejala penyakit ini ialah demam, sakit kerongkong, dan kesukaran bernafas). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata difteria


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Schick�s testujian SchickPerubatanTiadaUjian untuk mengukur keimunan terhadap difteria dengan menyuntikkan toksin difteria ke dalam kulit.
diphteriadifteriaPerubatanTiadaTiada
diphtheriadifteriaBiologiMikrobiologiPenyakit akut yang disebabkan oleh Corynebacterium diphtheriae. Penyakit ini menyerang salur pernafasan manusia terutama di membran mukosa kerongkong, diikuti dengan terbentuknya pseudomembran yang boleh menjejaskan proses pernafasan.
diphtheriadifteriaPerubatanTiadaPenyakit berjangkit yang akut yang diakibatkan oleh basilus grampositif Corynebacterium diphtheriae, biasanya melibatkan membran hidung, tekak atau larinks. Penyakit ini dicirikan oleh pembentukan pseudomembran yang berwarna putih kelabu di kawasan nasofarinkslarinks. Demam, sakit setempat, dan penghalangan pernafasan adalah sebahagian daripada gejala penyakit ini. Komplikasi seperti miorkarditis dan neuritis saraf kranium atau periferi boleh terjadi akibat pembebasan toksin dari tapak infeksi.
calf diphteriadifteria anak (bovin)VeterinarTiadaTiada
avian diphtheriadifteria unggasBiologiMikrobiologiPenyakit akut yang disebabkan oleh virus pada ayam. Gejala penyakit ini ialah radang difteriod pada mukosa membran mulut, dan atau nodul hiperplasia kulit.
diphteria toxintoksin difteriaKimiaTiadaTiada
antitoxinantitoksinFarmasiFarmakologiAgen (serum) daripada manusia atau haiwan yang mengandungi antibodi, dandigunakan untuk mencegah atau merawat penyakit seperti tetanus,botulisme dan difteria yang disebabkan oleh toksin biologikal.
diphtheroiddifteroidPerubatanTiada1. Bakteria yang mempunyai morfologi yang menyerupai basilus Corynebacterium diphtheriae. 2. Ahli genus Corynebacterium selain C. diphteriae. 3. Pseudodifteria atau difteria palsu. 4. Nama lama bagi organisma yang sekarang ini dikelaskan dalam genus Propionibacterium.
toxintoksinPerubatanTiadaSuatu bahan yang dibentuk oleh mikroorganisma, yang boleh meracuni organisma lain. Toksin terbahagi kepada dua jenis, iaitu endotoksin dan eksotoksin. Misalnya, toksin botulinum yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum dan toksin difteria oleh Corynebacterium diphtheriae.
12

Kembali ke atas