Reynolds stresses | tegasan Reynolds | Sains | Hidrometeorologi | Komponen halaju min bendalir yang likat, tak termampat dan homogen dalam gerakan bergolak yang memenuhi syarat satu set persamaan yang sama bentuknya dengan persamaan Navier-Stokes apabila sebutan tegasan likatan digantikan dengan digantikan dengan �digantikan dengan �dan sebagainya. Garis atas menunjukkan suatu purata masa; ketumpatan; dan masing-masing halaju pusar. Sebutan yang berbentuk dikenali sebagai tegasan Reynolds. Tegasan Reynolds merupakan perwakilan pemindahan momentum yang disebabkan oleh pembuaian bergolak. |
Ronchi test | ujian Ronchi | Fizik | Optik | Ujian yang telah diubahsuai daripada ujian mata pisau Foucault untuk menguji cermin yang melengkung, mata pisau digantikan dengan parutan belauan dan sumber lubang jarum digantikan dengan celah. |
restoration cycle | kitaran restorasi | Pergigian | Tiada | Edaran hayat gigi bermula dengan restorasi kecil yang kemudian digantikan dengan restorasi yang lebih besar sehingga memerlukan rawatan korona. Keadaan ini disebabkan karies berulang, kegagalan restorasi atau kegagalan struktur gigi. Seterusnya gigi tersebut boleh menjadi tidak vital dan memerlukan rawatan kanal akar. Sekiranya rawatan kanal akar gagal, gigi terpaksa dicabut. Ketiadaan gigi akan digantikan dengan dentur, jambatan atau implan. |
aralkyl | aralkil | Kimia | Tiada | Radikal aril yang telah digantikan oleh alkil. |
hypernucleus | hipernukleus | Kejuruteraan | Tiada | Nukleus yang satu neutronnya digantikan dengan satu hiperon A. |
Julian calendar | takwim Julius | Matematik | Tiada | Takwim yang digantikan dengan takwim Gregory. Takwim ini mempunyai 365.25 hari setahun dan pecahannya itulah yang menyebabkan wujud tahun kabisat setiap empat tahun sekali, dan dibahagikan kepada 12 bulan dan setiap bulan mempunyai 30 atau 31 hari kecuali bulan Februari 28 hari, dan pada setiap kabisat 29 hari. |
formulaic substitutions | substitusi formulaik | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu perkataan yang digantikan untuk disesuaikan dengan acuan yang telah ditetapkan. Contoh: 'raja yang ghani' ditukar kepaa 'raja yang ghana' dalam menulis sebuah baris syair untuk mendapatkan rima akhir yang dikehendaki a-a-a-a. Contoh: Keempat perempuan yang sempurna; Perdana menteri yang bijaksana; Mempersembahkan kepada raja yang ghana; Masa berhimpun di dalam istana. [Syair Siti Zubaidah Perang China, DBP, 1983, hlm9] |
aluminous porcelain | porselin beraluminium | Perubatan | Tiada | Porselin pergigian yang kuarzanya digantikan dengan alumina, lebih kuat daripada jenis berkuarza. |
cyanoacrylate | sianoakrilat | Perubatan | Tiada | Akrilat monomer atau polimer yang telah digantikan dengan kumpulan siano dan digunakan sebagai bahan pengap fisur dan liang. |
electron multiplier | pengganda elektron | Kimia | Tiada | Tiub elektron dengan anodnya digantikan oleh suatu siri elektrod tambahan untuk meningkatkan bilangan elektron yang terpancar. |