significant figure | angka bererti | Kimia | Kimia Analisis | Bilangan digit yang perlu untuk menyatakan hasil pengukuran sesuai dengan kepresisan yang diukur. Ia biasanya terdiri daripada digit-digit yang diketahui dengan pasti ditambah satu digit tak pasti. Misalnya, suatu isi padu cecair 20.57 ml. Nilai 20.5 adalah nilai yang diketahui dengan pasti dan digit yang terakhir iaitu 7 merupakan nilai anggaran. Oleh yang demikian, bilangan angka bererti bagi nombor ini ialah 4. |
binary digit | digit dedua | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Unit paling kecil, iaitu 0 atau 1 untuk menyimpan data yang digunakan dalam sistem perpuluhan dedua. |
digital circuit | litar digit | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
qubit | kubit | Fizik | Nanoteknologi | Maklumat digit atau bit dalam pengkomputeran berasaskan keadaan kuantum suatu sistem. Kubit digunakan dalam sistem komputer kuantum yang dapat menyimpan maklumat yang terlalu besar dan beroperasi pada kelajuan tinggi. Kubit ialah singkatan bagi kuantum dan bit. |
sum-of-the years digits depreciation | susut nilai jumlah digit tahunan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Salami attack | serangan Salami | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan ke atas data integriti dalam komputer melibatkan pengubahan nilai mutlak data dengan menyalahgunakan kelemahan dalam sistem penomboran yang dikenali sebagai ralat pembundaran. Sekiranya suatu nombor yang mempunyai titik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi nombor bertitik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi bertitik perpuluhan kecil seperti 31.51163 ditukar menjadi 31.51, proses pembundaran akan mencantas nilai digit kecil pada titik perpuluhan yang tidak digunakan seperti 0.00163 dicantas. Sekiranya percantasan nilai ini tidak diambil kira oleh sistem, maka ralat pembundaran akan berlaku. Serangan ke atas data yang menggunakan teknik Salami akan mengumpul semua nilai digit kecil yang tercantas tadi ke dalam satu ruang simpanan tersembunyi. Apabila proses pengumpulan ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam serangan ke atas sistem kewangan, perakaunan atau perbankan. Proses mengikis nilai yang sangat kecil daripada setiap urus niaga adalah umpama pengikisan kepingan daging Salami. |
spectroscopic analysis | analisis spektroskopi | Herba | Tiada | Kaedah pengukuran bahan kimia berdasarkan interaksi jirim dengan sinaran elektromagnet yang mengakibatkan penyerapan dan pemancaran. Kaedah ini termasuk sinar-X, ultralembayung (UV), cahaya nampak (Vis), inframerah (IR), resonans magnet nukleus (NMR), penyerapan atom (AA), spektroskopi jisim (MS), pendarfluor dan teknik penyerakan cahaya. Pengukuran direkodkan dalam bentuk digit atau spektrum menggunakan peralatan spektrometer. Data yang dihasilkan daripada analisis ini digunakan untuk menentukan identiti atau kepekatan bahan kimia tersebut. Kaedah ini berguna untuk memastikan kualiti, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan suatu bahan mentah dan sediaan herba. |