customer value analysis | analisis nilai pengguna | Pentadbiran | Tiada | Analisis yang menentukan manfaat yang dihargai pelanggan sasaran dan cara pelanggan menilai tawaran pesaing. |
esteem needs | keperluan penghargaan | Psikologi | Psikologi Umum | Keperluan peringkat tinggi manusia yang mengharapkan penghargaan daripada orang lain. Keperluan ini disenaraikan oleh Maslow dalam hierarki keperluan manusia. Setiap manusia bukan sahaja didorong untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, minuman, seks dan kasih sayang tetapi juga keperluan supaya dihormati dan dihargai oleh orang lain. |
sacred time | zaman suci | Kesusasteraan | Tiada | Zaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian. |