bard | barda | Kesusasteraan | Tiada | Seniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga diiringi dengan alat muzik seperti rebab, seruling, dan belanga. Antara tokoh penglipur lara Melayu yang terkenal ialah Pawang Ana dan Mir Hasan di Perak dan Pak mahmud di Perlis. Lihat juga lipur lara. |
bard | bujangga | Kesusasteraan | Puisi | Orang yang cukup dihormati dan disanjungi kerana kepandaiannya menggubah dan mencipta sama ada pantun, syair, gurindam dan juga sajak. Raja Ali Haji merupakan seorang bujangga/pujangga Melayu terkenal pada zaman kerajaan Melayu Riau. |
sovereignty | kedaulatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang merdeka, berupaya menguruskan diri sendiri, dihormati dan bebas daripada gangguan atau campur tangan pihak lain. Walaupun kedaulatan sering merujuk kepada kedudukan sebuah negara yang merdeka dan bebas tetapi penggunaannya juga untuk melambangkan penghormatan kepada negeri, undang-undang dan perlembagaan seperti kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Negara yang merdeka dianggap berdaulat berbanding dengan negara yang masih dijajah. Contohnya, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat sejak mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lihat juga daulat. |
sovereign ruler | pemerintah berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain. Pemerintah ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama dalam menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi serta melaksanakan dasar dalam dan luar negara. Pemerintah ini muncul sama ada melalui pilihan raya seperti di Malaysia atau warisan seperti negara Brunei Darussalam. |
sovereign state | negara berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh negara lain. Negara ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Negara berdaulat ini bebas melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya dan membuat hubungan diplomatik dengan negara lain. Negara berdaulat banyak muncul di Asia dan Afrika selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya Malaysia, India dan Indonesia. |
white collar crime | jenayah kolar putih | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang memiliki kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyarakat dalam urusan pekerjaan. Motif utama jenayah ini adalah untuk mendapatkan habuan kewangan. Contohnya, rasuah, penipuan perbankan dan pecah amanah. |
sovereign authority | autoriti berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Autoriti pemerintah yang absah, merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain sama ada dar dalam dan luar negeri. Autoriti ini dimiliki oleh pemerintah dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Kedudukan autoriti yang berdaulat ini memberi pemerintah itu satu hak yang bebas untuk menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi sendiri serta melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya. Autoriti berdaulat ini tidak wujud dalam pemerintahan yang dikuasai oleh pihak asing seperti kedudukan pemerintah boneka Iraq setelah dicerobohi oleh Amerika Syarikat pada pascaperang Iraq pada tahun 2003. Sinonim kuasa berdaulat. |
ode | oda | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t. |
xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |
judicial power | kuasa kehakiman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bidang kuasa yang dimiliki oleh bidang kehakiman yang setara dengan bidang kuasa badan legislatif dan eksekutif. Ia memiliki kuasa mengadili dan mentafsir undang-undang yang perlu dihormati. Kuasa kehakiman ini menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dalam persaingan kuasa antara pihak bertentangan seperti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pihak legislatif dengan eksekutif. Kuasa kehakiman ini bebas daripada sebarang pengaruh luar. Hanya ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) dibenarkan meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan kehakiman ini dengan syarat-syarat tertentu. |