newspaper policy | polisi akhbar | insurans | Tiada | Insurans kesihatan terhad yang dijual oleh pihak surat khabar untuk mengembang atau mengekalkan peredarannya. |
franchise insurance | insurans francais | insurans | Tiada | Insurans kemalangan dan kesihatan yang dijual kepada pekerja atau ahli persatuan secara individu dan perjanjian dibuat dengan majikan atau persatuan untuk memotong premium daripada gaji. |
partnership insurance | insurans perkongsian | insurans | Tiada | Insurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya. |
visual merchandise | dagangan visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Produk atau perkhidmatan yang dijual dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut. |
export tax | cukai eksport | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dijual ke luar negeri. Contoh barang yang dikenakan cukai eksport oleh kerajaan Malaysia ialah petroleum, kelapa sawit, dan barang-barang tekstil dan elektronik. Sinonim duti eksport. |
savings bank life insurance | insurans hayat bank simpanan | insurans | Tiada | Insurans hayat yang dijual oleh bank simpanan bersama di beberapa negeri di Amerika Syarikat. |
railway travel policy | polisi perjalanan kereta api | insurans | Tiada | Polisi insurans kemalangan yang dijual di stesen kereta api oleh penjual tiket atau melalui mesin. |
prescription medicines | ubat preskripsi | Sains Kesihatan | Tiada | Ubat yang hanya boleh dibekalkan atau dijual jika disertakan dengan preskripsi. |
perishability | lepas peluang | Pelancongan | Tiada | Keadaan apabila bilik atau tempat duduk tidak dapat dijual dan mengakibatkan pengusaha kehilangan pendapatan. |
wholesale travel agent | ejen pelancongan borong | Pelancongan | Tiada | Wakil yang menyediakan pakej pelancongan untuk dijual secara borong kepada pelanggan. |