breeding female | betina pembiakbakaan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan betina yang mempunyai ciri yang dikehendaki dan dipilih untuk digunakan sebagai induk pembiakan. Ciri haiwan betina pembiakbakaan yang dikehendaki adalah seperti umur matang yang awal dan berkebolehan menjadi ibu yang baik. |
contaminant | kontaminan | Herba | Tiada | Bahan tak dikehendaki yang terdapat dalam udara, air, atau herba secara tidak sengaja, contohnya mikroorganisma, logam berat, sisa pestisid, atau bahan radioaktif. |
contamination | kontaminasi/pencemaran | Herba | Tiada | Kemasukan bahan tak dikehendaki seperti mikroorganisma, residu pestisid, logam berat, bahan radioaktif atau aflatoksin ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara tidak sengaja. Kontaminasi boleh berlaku pada bahan pemula atau bahan perantaraan semasa proses pengeluaran, pensampelan, pembungkusan atau pembungkusan ulang, penstoran atau pengangkutan. Produk yang terkontaminasi akan hilang nilai kualiti dan tidak selamat untuk digunakan. |
die cutting | pemotongan dai | - | Tiada | Proses memotong bentuk yang dikehendaki pada bahan cetak dengan menggunakan alatan khas. Sinonim perf cutting. |
contamination | pencemaran | Kimia | Kimia Analisis | Kehadiran bahan asing yang tidak dikehendaki dalam suatu bahan tulen. Kehadirannya boleh menyebabkan perubahan sifat fizik dan kimia bahan tersebut. |
breeder | pembiak baka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan mempunyai ciri yang dikehendaki untuk digunakan sebagai baka induk. Pembiak baka lazimnya terdiri daripada jenis baka tulen. Pembiakan haiwan pembiak baka bertujuan untuk menghasilkan haiwan yang berkualiti. |
word finding | ingat kembali kata | Sains Kesihatan | Tiada | Kesukaran menghasilkan perkataan yang dikehendaki. Sin: word retrieval. |
cast | acuan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bekas yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit yang dikehendaki, dengan menuangkan bahan cecair ke dalamnya. Antara bahan yang digunakan untuk membina acuan ialah papan lapis, aluminium, keluli, dan plastik. Biasanya, acuan digunakan dalam kerja membentuk atau mencorakkan sesuatu objek, seperti membina asas bangunan, rasuk, tiang, dinding, lantai, tangga atau tembok. |
formwork | acuan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bekas yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit yang dikehendaki, dengan menuangkan bahan cecair ke dalamnya. Antara bahan yang digunakan untuk membina acuan ialah papan lapis, aluminium, keluli, dan plastik. Biasanya, acuan digunakan dalam kerja membentuk atau mencorakkan sesuatu objek, seperti membina asas bangunan, rasuk, tiang, dinding, lantai, tangga atau tembok. |
breeding male | jantan pembiakbakaan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan jantan yang mempunyai ciri yang dikehendaki dan dipilih untuk digunakan sebagai induk pembiakan. Ciri haiwan jantan pembiakbakaan adalah seperti ukuran berat semasa lahir dan kadar tumbesaran yang tinggi. |