Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
market economyekonomi pasaranEkonomiTiadaEkonomi yang bergantung pada kuasa pasaran untuk menyelesaikan masalah utama ekonomi, iaitu apa yang perlu dikeluarkan, bagaimana untuk dikeluarkan, dan untuk siapa dikeluarkan. Kuasa pasaran (permintaan dan penawaran) akan menentukan harga, yang penting sebagai petunjuk tentang jenis barang yang patut dikeluarkan dan yang dibeli, dan juga kaedah penggunaan sumber dan agihan pulangan sumber tersebut. Prasyarat kepada sistem ekonomi ini ialah sumber-sumber ekonomi bebas dimiliki oleh individu, dan pengeluaran dijalankan secara bebas tanpa campur tangan pihak tertentu seperti kerajaan.
insect�s poisonracun seranggaBiologiEntomologiBahan yang dikeluarkan oleh serangga untuk membunuh atau melumpuhkan mangsanya, atau dengan kepekatan yang lebih rendah, bahan ini dikeluarkan oleh serangga untuk menjauhkan musuhnya. Bahan ini dikeluarkan sama ada melalui ovipositor, misalnya oleh lebah atau penyengat, atau dengan cara dipancutkan, misalnya oleh semut tertentu. bd. insektisid.
postmaster's stampssetem ketua posPentadbiran PerniagaanTiadaSetem yang dikeluarkan oleh ketua pos sesebuah bandar atau kota di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain untuk tujuan bayaran pos sebelum setem rasmi dikeluarkan, misalnya setem Bermuda yang dikeluarkan antara tahun 1848 hingga 1861.
date of issuetarikh dikeluarkanPentadbiran PerniagaanTiada2. Tarikh sesuatu kontrak dikeluarkan sebagaimana yang tercacat dalam polisi. Tarikh ini tidak semestinya tarikh berkuat kuasa polisi tersebut.
date of issuetarikh dikeluarkanPentadbiran PerniagaanTiada1. Tarikh bagi benda pos atau keluaran pos dikeluarkan dalam urus niaga pos.
outputoutputTeknologi MaklumatTiadaHasil pemprosesan komputer yang dikeluarkan dari unit sistem. Output dikeluarkan dalam bentuk salinan lembut atau keras. Output salinan lembut seperti fail digital, isyarat analog/digital atau divisualkan pada peranti paparan. Output salinan keras adalah seperti cetakan kertas, plastik atau dinding. Banding input.
air tickettiket udaraAeroangkasaTiadaTiket penerbangan yang dikeluarkan oleh syarikat talian udara.,Tiket penerbangan yang dikeluarkan oleh syarikat talian udara.
clearanceizinAeroangkasaTiada1. Izin: Kebenaran yang dikeluarkan oleh pegawai trafik udara untuk penerbangan.,1. Izin: Kebenaran yang dikeluarkan oleh pegawai trafik udara untuk penerbangan.
net productionpengeluaran bersihKejuruteraanPetroleumJumlah minyak yang dikeluarkan oleh telaga, tidak termasuk kandungan sedimen asas dan air yang dikeluarkan bersama-sama dengan minyak tersebut atau yang terdapat di dalamnya. Kadangkala disebut juga sebagai minyak faedah kerja.
new valuedenominasi baruPentadbiran PerniagaanTiadaSetem khas yang dikeluarkan dengan nilai baru sebagai tambahan kepada nilai setem yang dikeluarkan sebelummya.
12345678910...

Kembali ke atas