tax amnesty | amnesti cukai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cukai yang patut dikenakan tetapi tidak dikenakan kerana sesuatu keistimewaan atau dasar kerajaan. |
Young''s modulus | modulus Young | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Ukuran kekakuan sesuatu bahan yang ditakrifkan sebagai nisbah antara tegasan tegangan yang dikenakan terhadap sesuatu bahan berbanding dengan nilai terikan yang terhasil selari dengan arah tegangan yang dikenakan. Nilai ini boleh digunakan untuk mengira ciri bahan yang dikenakan beban dan menganggar pemanjangan dawai apabila diregang atau menganggar beban minimum yang dikenakan terhadap tiang nipis sebelum tiang tersebut bengkok. Ujian yang digunakan untuk mengukur nilai ini ialah ujian tegangan. Bahan yang hendak diuji dikenakan beban secara berkadar. Pemanjangan yang berlaku akibat peningkatan beban dicatat. Ujian ini dilakukan sehingga bahan gagal menampung daya yang dikenakan. Data yang diperoleh kemudiannya digunakan untuk memplot graf tegangan melawan terikan. Kecerunan garisan yang diperoleh daripada graf ini ialah nilai modulus Young khusus untuk bahan yang diuji. |
property tax | cukai harta benda | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap harta tanah. Misalnya, cukai pintu dan cukai tanah. Bagi bangunan, cukai dikenakan berasaskan nilai semasa dan bagi tanah, cukai dikenakan berasaskan jenis penggunaan tanah. |
jizyah | cukai kepala/jizyah | Perniagaan Islam | Tiada | Cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam di negara Islam sebagai jaminan keselamatan. Cukai ini dikenakan selagi individu tersebut tidak memeluk agama Islam. Kadar cukai dikenakan mengikut kemampuan mereka atau berdasarkan budi bicara kerajaan. Pembayar jizyah mempunyai hak yang sama dengan penduduk beragama Islam. Sinonim kharaj jizyah. |
force | daya | Mekanik | Gunaan | Tindakan sesuatu jasas terhadap jasad yang lain. Tindakan itu dikenakan sama ada melalui sentuhan langsung atau melalui tindakan jauh. Daya yang dikenakan melalui tindakan jauh ialah daya graviti, daya elektrik dan daya magnet. Semua daya lain dikenakan melalui sentuhan langsung. Sesuatu daya itu mengubah, atau cenderung untuk mengubah, keadaan gerakan jasad yang ditindaknya. Daya juga bertindak mengubah bentuk jasad tetapi, dalam analisis mekanik, sifat ini diabaikan dan diambil kira hanya untuk jasad tak tegar seperti pegas. Daya dicirikan berdasarkan titik kenaan, magnitud dan arah tindakannya. Simbol daya yang sering digunakan ialah F. Daya diukur dalam unit newton, n, dengan 1 N = 1 kg.m.s-2. |
export tax | cukai eksport | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dijual ke luar negeri. Contoh barang yang dikenakan cukai eksport oleh kerajaan Malaysia ialah petroleum, kelapa sawit, dan barang-barang tekstil dan elektronik. Sinonim duti eksport. |
discount rate | kadar diskaun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kadar faedah yang dikenakan kepada bank ahli bagi sekuriti yang dikenakan cagaran. |
virtual displacement | sesaran maya | Mekanik | Gunaan | Sesaran khayali yang infinitesimal, dikenakan pada jasad yang berada dalam keseimbangan. Sesaran maya dikenakan untuk membolehkan penerapan ‘kaedah kerja maya’ bagi menganalisis keseimbangan jasad itu. dalam analisis berkenaan, sesaran maya diterapkan satu persatu di arah-arah yang tak bersandaran. Sesaran ini boleh juga diterapkan pada titik-titik yang terkekang dan tidak mungkin mengalami gerakan sebenar; penerapan sedemikian membolehkan penentuan sistem daya yang bertindak pada pengekang berkenaan. Lihat juga kaedah kerja maya. |
logarithmic multiplier | pendarab logaritma | Kejuruteraan | Tiada | Pendarab yang setiap pemboleh ubah dikenakan kepada penjana fungsi logaritma, dan keluaran-keluaran ditambah dan dikenakan kepada penjana fungsi eksponen, untuk mendapatkan keluaran yang berkadar dengan hasil darab dua masukan berkenaan. |
classical system | sistem klasik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sistem di mana cukai dikenakan ke atas keuntungan syarikat dan dividen yang dibayar juga dikenakan cukai tanpa kredit atau rebat. |