kiln charge | isi tanur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Jumlah kayu yang sedia untuk dikeringkan atau kayu yang sedang dikeringkan di dalam tanur. Jumlah ini berbeza-beza mengikut saiz dan jenis tanur yang digunakan, dan digunakan sebagai panduan perancangan pengeringan kayu. |
partially dry | kering sebahagian | Veterinar | Tiada | Sampel yang biasanya bahan makanan yang dikeringkan dengan mengurangkan sebahagian air yang terdapat dalam bahan tersebut. Tujuan sampel ini dikeringkan ialah untuk memudahkan pemprosesan dan pengangkutan. Ia juga dilakukan untuk mengekalkan kandungan nutrien yang mudah meruap dalam bahan tersebut. |
copra | kopra | Pertanian | Agronomi | Isi buah kelapa matang yang telah dikopek daripada tempurung dan dikeringkan. Proses pengeringan biasanya di bawah cahaya matahari atau alat pemanas. Tujuan kelapa dikeringkan ialah supaya kopra boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang sebelum diproses. Kopra boleh dijual sebagai komoditi atau diproses di kilang untuk mengeluarkan minyak kelapa. Setelah minyak dihasilkan, hampas kopra boleh digunakan sebagai makanan ternakan ruminan. |
continuous drying | pengeringan berterusan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pengeringan yang dijalankan secara berterusan. Pepejal atau cecair yang akan dikeringkan dimasukkan secara berterusan ke dalam pengering di samping hasil pepejal atau cecair yang telah dikeringkan juga dikeluarkan secara berterusan. |
kiln drier | pengering dapur | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Pengering ini terdiri daripada bangunan dua tingkat yang menempatkan relau atau pembakar di tingkat bawah dan bahan yang hendak dikeringkan di tingkat atas. Bahan ini diserak setebal 0.1-0.2 m dan dikeringkan dengan udara panas yang naik ke atas melalui perolakan. Alat ini biasanya digunakan untuk mengering hop, gegelang epal dan malt. |
turf | turf | Geologi | Tiada | 2. Gambut yang dikeringkan untuk digunakan sebagai bahan api. |
boiled oil | minyak sejat | Kesenian | Tiada | Minyak yang dikeringkan melalui proses sejat. |
copra cake | kek kopra | Geografi | Tiada | Kelapa yang telah dikeringkan dalam bentuk ketulan untuk dibuat minyak, sabun dan lain-lain. |
milk powder | susu tepung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Susu yang dikeringkan dan dijadikan dalam bentuk tepung. |
smoked fish | ikan salai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ikan yang dikeringkan atau diasapi di atas api. |