Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dik.si] | ديکسي

Definisi : (Lin) pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dictiondiksiKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan kata oleh pengarang dalam sesebuah karya sastera, terutamanya puisi. Diksi yang baik, tepat, sesuai dan berkesan penting dalam sesebuah karya sastera bagi mengungkapkan sesuatu idea, sama ada secara bertulis ataupun secara lisan. Diksi boleh ditafsirkan contohnya sebagai abstrak atau konkrit, mudah atau rumit, formal atau tidak formal, kasar atau halus, harafiah atau kiasan, serta tepat atau kabur.
poetic dictiondiksi puitisKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan bahasa dalam puisi. Pada kurun ke-18, istilah diksi puitis ini ditampilkan untuk membezakan bahasa puisi dengan bentuk bahasa yang lain. Pada masa itu, bahasa puisi dianggap sebagai bahasa khusus yang mengandungi beberapa ciri arkaik dan bersifat berbunga-bunga. Kini, masih wujud perdebatan tentang kedudukan diksi puitis ini, sama ada diksi ini berkaitan dengan bahasa yang khusus atau bahasa seharian.
dictiondiksiKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan kata dalam percakapan atau dalam penulisan.
dictiondiksiKesusasteraanTiadaTiada
dictiondiksiKomunikasiTiadaPemilihan gaya percakapan atau tulisan yang berlandaskan kepada kebebasan penggunaan perkataan atau gubahan ayat.
poetic dictiondiksi puitisKesusasteraanTiadaKata atau frasa lama yang sudah tidak terpakai lagi kira-kira seabad.
poetic dictiondiksi puitisKesusasteraanTiadaTiada
inventionrekaanKesusasteraanTiada1. Rekaan: Daya kreatif yang asli dari segi pemikiran, stail/gaya, diksi, imajan atau plot.
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.
voicesuaraKesusasteraanTiadaGaya penulisan pengarang yang tersendiri dan terserlah. Gaya penulisan melalui penggunaan diksi, ritma, nada suara, dan lain-lain. Suara juga merujuk kepada sikap dan pemikiran pengarang atau narator. Konsep ini mula diperkenalkan oleh I.A. Richards dalam karyanya berjudul Practical Criticism. Dalam karya ini, penulis menunjukkan cara pertuturan yang mencerminkan tanggapan penutur terhadap status sosial, kebijaksanaan, kepekaan khalayaknya, dan hubungannya dengan mereka.
12

Kembali ke atas