Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilahirkan

Peribahasa

Teralang-alang (= terguling-guling) bagai sampah dalam mata.

Bermaksud :

Kemusykilan yang tak dapat dilahirkan (selalu teringat dan terasa dalam hati).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digital immigrantimigran digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang dilahirkan sebelum era teknologi digital ataupun seseorang yang dilahirkan selepas era teknologi digital, tetapi tidak terdedah kepada teknologi digital. Kebiasaannya mereka menjadi kekok apabila menggunakan teknologi digital ataupun menjadikan teknologi digital sebagai pilihan kedua. Contohnya mereka lebih selesa mengedit secara mencetak dokumen berbanding pengeditan secara dalam talian atau pada skrin. Banding jati digital.
kidding percentageperatus beranak kaprinPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPengiraan bilangan anak kambing yang dilahirkan oleh seekor kambing betina pada setiap tahun. Peratus beranak dikira berasaskan pada jumlah bilangan anak yang dilahirkan dan dibahagikan dengan jumlah bilangan beranak setahun.
dramatic monologuemonolog dramatikKesusasteraanPuisiUjaran yang dilahirkan oleh seseorang tokoh atau watak yang berkaitan dengan dirinya yang sedang berhadapan dengan sesuatu suasana dan fenomena. Istilah ini juga dikenali dengan cakapan tunggal dramatik dan ekacakap dramatik. Contohnya, dalam puisi "Unggulku" dalam antologi puisi Sepanjang Zaman karya Muhammad Haji Salleh.
dramatic lyriclirik dramatikKesusasteraanPuisiUjaran yang dilahirkan oleh watak dalam puisi yang dicipta. Citra yang dituturkan berkemungkinan berhubungan dengan diri seseorang, sewaktu menghadapi sesuatu suasana atau fenomena. Contohnya, puisi "Aku Nelayan" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. aku nelayan warisan perahu rakit pukat jala milik orang segala-galanya harta kami tenaga Iara, aku nelayan di jurang resah keluarga tanpa matahari esok ke mana? tak siapa bertanya dari sebak hati
freemartinismfrimartinismePenternakanGenetik dan PembiakbakaanAnak lembu betina yang dilahirkan kembar dengan anak lembu jantan. Anak lembu jantan tersebut normal, manakala anak lembu betina pula akan mempunyai komposisi badan seperti lembu jantan dan keabnormalan pada organ pembiakan dalaman. Anak lembu betina ini juga mandul.
pigletanak babiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanBabi yang baru dilahirkan sehingga mencapai umur empat minggu.
kidanak kambingPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKambing yang baru dilahirkan sehingga mencapai umur enam bulan.
foalanak kudaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKuda yang baru dilahirkan sehingga mencapai umur enam bulan.
calfanak lembuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLembu yang baru dilahirkan sehingga mencapai umur lapan bulan.
organic formbentuk organikKesusasteraanTiadaBentuk sesebuah karya sastera yang dilahirkan daripada bahan tematik dan gagasan pengarang. Perkembangan sesebuah karya disamakan dengan pertumbuhan organisma yang hidup. Socrates pernah mengemukakan analogi antara perkembangan ujaran dengan pertumbuhan makhluk. Seterusnya, tokoh romantis dari Jerman dan Inggeris memperdalam analogi ini. Mereka berpendapat bahawa sesebuah karya berkembang seperti organisma hidup, daripada suatu konsep pokok. Bentuk yang berlawanan dengan bentuk organik ialah bentuk mekanikal. Pendekatan bentuk mekanikal mengemukakan dan peraturan yang dikenakan kepada pengarang dalam pengolahan bahan tematik.
123

Kembali ke atas