hurricane microseism | mikroseisme hurikan | Geografi | Tiada | Gegaran yang dirasai di sebuah kawasan bila dilanda hurikan. |
emergency issue | terbitan darurat | Komunikasi | Tiada | Penerbitan khas bagi menjelaskan sesuatu keadaan yang dilanda krisis atau darurat. |
hurricane tide | ombak hurikan | Geografi | Tiada | Kenaikan tiba - tiba aras laut bila sebuah pulau dilanda hurikan. |
flood stage | tahap banjir | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Aras air yang melimpahi tebing dan mula menyebabkan kerosakan kawasan yang dilanda banjir. Aras air pada tahap itu diukur menggunakan tolok lurus yang dipasang di sungai, Tolok lurus digunakan sebagai indeks banjir. |
marsh | rawang | Geologi | Tiada | 1. Kawasan rendah di latitud sederhana yang tak bersaliran bagus dan kadang-kadang mempunyai kawasan permukaan air terdedah yang ditumbuhi pokok-pokok reed, rush dan sedge.,2. Tanah pamah yang dilanda banjir pada musim hujan dan selalunya berair. |
monoculture | monokultur | Pertanian | Agroteknologi | Amalan pertanian yang mengkhusus pada satu jenis tanaman sahaja di sesebuah tempat. Jenis penanaman ini digunakan secara meluas dalam industri pertanian moden dan pelaksanaannya telah memberikan impak yang besar dalam penggunaan tenaga kerja kerana telah meminimumkan penggunaan buruh. Sistem monokultur juga memudahkan pengurusan tanaman disebabkan semua keperluan tanaman seperti baja adalah sama untuk seluruh ladang. Walau bagaimanapun, sistem ini terdedah kepada risiko kerugian teruk jika dilanda penyakit atau perosak. Contohnya, ladang kelapa sawit di Malaysia merupakan sistem monokultur kerana hanya kelapa sawit sahaja ditanam dalam kawasan yang seluas beribu hektar. |
Cold injury | Kecederaan sejuk | Pertanian | Agronomi | Kerosakan tumbuhan akibat suhu yang terlalu sejuk. Kecederaan sejuk boleh berlaku kepada semua bahagian tumbuhan termasuk daun, batang, dahan, bunga dan akar. Kecederaan bermula pada bahagian daun dan batang apabila kristal ais terbentuk dalam sel, menyebabkan tisu menjadi hitam dan lembik. Kecederaan pada akar menyebabkan kematian pokok. Sekiranya suhu sejuk berlaku bersama angin kencang, daun akan mula kering, menjadi perang dan gugur. Contohnya, tanaman limau di Florida, Amerika Syarikat yang kadangkala mengalami kecederaan sejuk apabila dilanda angin sejuk dari kawasan utara. |