tongue | lidah | Veterinar | Praklinikal | Organ perasa yang diliputi epitelium skuamus berlapis yang mengandungi papila; terutama sekali pada permukaan dorsal. Semua haiwan bela jinak mempunyai papila filiform; fungiform dan sirkumvalat. Papila foliat pula hanya terdapat pada lidah kuda; babi dan anjing dan tidak terdapat pada haiwan bela jinak yang lain. Kesemua papila kecuali filiform mempunyai tunas perasa. Tunas perasa ini membantu haiwan memilih makanan yang mengandungi elemen yang kekurangan dalam badan. Pada sesetengah spesies haiwan; seperti lembu; katak dan biawak; lidah digunakan untuk mencengkam. |
jago | jago | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kek otelo yang diliputi krim mentega perasa kopi. |
strawberry tongue | lidah strawberi | Perubatan | Tiada | Lidah yang diliputi papila atau bintil yang merah dan besar, yang merupakan gejala demam skarlet; gejala ini kelihatan 24 jam selepas ruam muncul. |
dialect area | kawasan dialek | Linguistik | Tiada | Daerah geografi yang diliputi oleh dialek sesuatu bahasa, dibatasi oleh isoglos yang menggariskan perbezaan sebutan, tatabahasa, dan kosa kata. |
brush | belukar/semak | Geologi | Tiada | Belukar/semak: Kawasan yang diliputi dengan pokok-pokok kecil. |
welded source | punca terkimpal | Kejuruteraan | Tiada | Punca neutron yang diliputi dalam bekas yang terkimpal. |
security domain | domain keselamatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Skop yang diliputi oleh polisi keselamatan. |
antenna coverage | liputan antena | Aeroangkasa | Tiada | Kawasan yang dapat diliputi oleh isyarat yang dipancarkan oleh antena. |
gingiva | gingiva | Perubatan | Tiada | Gusi, iaitu tisu serat yang diliputi oleh membran mukus, yang menyelubungi tulang rahang atas dan bawah dan akar gigi. |
gum | gusi; gam | Perubatan | Tiada | 1. Gusi: Tisu gentian yang diliputi oleh membran mukus, yang menyelubungi tulang rahang atas dan bawah dan akar gigi. |