Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimakan

Puisi
 

Buah pedada dimakan kera,
     Jatuh ke pantai dimakan tupai;
Kalau hayatku salah ada,
     Sudilah juak bunga terpakai.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fresh vegetablesayur segarHerbaBotani dan BioteknologiBahagian tumbuhan yang dimakan mentah atau dicelur bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan, budu dan cencaluk. Sayur segar biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, pegaga untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan, buah peria katak untuk mengubati kencing manis, dan cekur untuk membuang angin dalam badan.
Batesian mimicrykemimikan BatesianBiologiEkologiKemimikan spesies yang boleh dimakan dengan spesies yang tidak boleh dimakan oleh pemangsa untuk melindungi diri. Misalnya, spesies rama-rama yang boleh di makan oleh burung menyerupai spesies rama-rama yang tidak boleh dimakan oleh burung.
food chainrantai makananBiologiEkologiUrutan linear organisma yang mengeksploitasi makanan daripada organisma lain. Misalnya, tumbuhan hijau (pengeluar pertama) dimakan oleh belalang (pengguna pertama), dan belalang pula dimakan oleh burung (pengguna kedua). Seterusnya burung dimakan oleh kucing (pengguna ketiga). Urutan ini membentuk satu rantai makanan dengan pengaliran tenaga.
biodiesel feedstockstok suapan biodieselPertanianAgroteknologiBahan mentah yang diproses untuk menjadi biodiesel, contohnya minyak sawit. Stok suapan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bahan yang boleh dimakan dan bahan yang tidak boleh dimakan. Contoh bahan yang boleh dimakan ialah minyak kelapa sawit, minyak kacang soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari. Contoh bahan yang tidak boleh dimakan pula ialah minyak jarak, minyak jojoba dan minyak alga. Terdapat kontroversi etika mengenai penggunaan bahan makanan seperti jagung dan kacang soya sebagai stok suapan biodisel dalam keadaan penduduk dunia yang lebih memerlukan makanan berbanding dengan penggunaannya sebagai bahan bakar.
edible portionbahagian boleh dimakanPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian makanan yang tinggal dan boleh dimakan selepas reja-reja, kulit, tulang, lemak dan lain-lain dikeluarkan.
batesian mimicrykemimikan BatesBiologiEntomologiSamaran spesies boleh dimakan sebagai spesies berbahaya atau tidak boleh dimakan. Samaran ini dilakukan untuk tujuan perlindungan diri, misalnya kupu-kupu bersayap lut cahaya dalam famili Sesiidae yang merupai lebah.
Fresh vegetableUlamanPertanianTiadaMerujuk kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan. Ulaman juga mempunyai khasihat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contoh ulaman ialah pegaga, ulam raja, selom, ubi kayu, cekur, putat dan sebagainya.
blusherpemerahBiologiMikologiNama am bagi Amanita rubescens, iaitu kulat yang boleh dimakan. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak dimakan, kulat ini dapat menyebabkan warna muka menjadi kemerahan.
dry matter intakepengambilan bahan keringVeterinarTiadaSejumlah bahan kering daripada sesuatu makanan yang dimakan oleh haiwan. Jumlah bahan kering yang dimakan berbeza mengikut jenis haiwan. Pengambilan bahan kering bagi lembu dianggarkan sebanyak 2.5% daripada berat badan manakala bagi kambing pula ialah sebanyak 3.5% daripada berat badan. Haiwan yang memakan konsentrat biasanya mendapat jumlah bahan kering yang lebih tinggi daripada ternakan yang memakan foraj.
garde mangerjurumasak makanan sejuk; bahagian makanan sejukPentadbiran PerniagaanTiada1. Jurumasak makanan sejuk: Jurumasak makanan yang dimakan sejuk. 2. Bahagian makanan sejuk: Bahagian yang menyediakan makanan yang dimakan sejuk seperti salad dan sos.
12345678910...

Kembali ke atas