Input | input | Teknologi Maklumat | Tiada | Data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses. Data boleh dimasukkan secara langsung atau tak langsung. Input langsung adalah seperti melalui papan kekunci, tetikus, skrin sentuh dan pengimbas. Input tak langsung adalah seperti data yang dikumpul dahulu dalam satu fail elektronik dan kemudiannya diproses. Banding output. |
simple cascade | lata mudah | Kejuruteraan | Tiada | Lata yang pecahan diperkaya dimasukkan ke peringkat lata seterusnya sementara pecahan yang tersusut dimasukkan ke peringkat sebelumnya. |
afterloading source | punca pemuatan susulan | Kejuruteraan | Tiada | Punca radioaktif yang dimasukkan ke dalam rongga badan melalui peranti pandu tak radioaktif yang telah dimasukkan ke dalam badan terlebih dahulu. |
oropharyngeal airway | alat saluran udara orofarinks | Perubatan | Tiada | Alat salur udara yang dimasukkan ke dalam mulut untuk menentukan salur udara menjadi telus. Biasanya alat ini dimasukkan kepada pesakit yang tidak ada refleks gag. |
drift indicator | penunjuk hanyut | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti pengukuran yang diturunkan atau dimasukkan ke dalam batang gerudi sehingga berada di atas sedikit daripada bit bagi mengukur kecondongan lubang telaga dari arah menegak pada kedalaman yang bersangkutan. Peranti ini dimasukkan ke dalam batang gerudi dengan menggunakan talian dawai dan data yang dirakam boleh direkod pada alat perakam yang berada pada peranti berkenaan atau dirakam oleh peralatan di permukaan. Peranti ini tidak mengukur arah dari kecondongan lubang telaga berkenaan. |
hydrometer | meter tumpat | Kejuruteraan | Petroleum | Alat yang mempunyai batang berskala yang digunakan bagi menentukan ketumpatan cecair. Cecair yang akan diselidiki dimasukkan atau diisikan ke dalam bekas, biasanya bikar, dan meter tumpat dimasukkan ke dalamnya. Jika cecair berkenaan mempunyai ketumpatan yang rendah, meter tumpat akan terapung tinggi dan sebaliknya jika ketumpatan cecair tinggi. |
blackwall hitch | lilitan sila | Perikanan | Tiada | Simpulan yang digunakan untuk mengikat seutas tali pada cangkuk untuk sementara waktu. Hujung tali yang bebas dimasukkan di celah cangkuk dan hujung tali yang satu lagi dimasukkan pula di celah cangkuk di atas hujung tali bebas tersebut. Simpulan ini boleh dipelbagaikan menjadi lilitan sila berganda yang lebih kuat untuk menampung bebanan yang lebih kuat. Simpulan ini boleh dibuka dengan mudah pada bila-bila masa. |
data entry device | peranti kemasukan data | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti khusus yang digunakan untuk menginput data. Data yang telah dimasukkan akan disimpan di dalam storan sekunder seperti pita magnetik dan disket. Setelah semua data ditaip, barulah data tersebut dimasukkan ke dalam komputer secara kelompok. Peranti ini digunakan dalam era komputer kerangka dan minikomputer. Peranti ini tidak banyak digunakan pada masa sekarang. Lihat peranti input. |
column chromatography | kromatografi turus | Kimia | Tiada | Kromatografi yang menggunakan fasa pegun, seperti serbuk alumina teraktif di dalam turas kaca, dan fasa geraknya ialah pelarut cecair yang akan dimasukkan ke dalam turus setelah dimasukkan campuran yang hendak dianalisis. Penjerapan berpilih komponen campuran tersebut akan berlaku di sepanjang fasa pegun. Kaedah ini digunakan dalam kerja-kerja makmal dan analisis kimia. |
column chromatography | kromatografi turus | Farmasi | Tiada | Kaedah kromatografi yang menggunakan fasa pegun, sepeti serbuk alumina teraktif di dalam turus kaca, dan fasa geraknya ialah pelarut cecair yang akan dimasukkan ke dalam turus setelah dimasukkan campuran yang hendak dianalisis. |