pneumatic gauge | tolok pneumatik | Kejuruteraan | Tiada | Alat untuk membuat ukuran bagi dimensi-dimensi objek pepejal berdasarkan perbandingan tekanan daripada dua aliran udara, satu daripada bukaan tetap dan satu daripada bukaan boleh ubah, dengan objek yang dimensinya dikehendaki ditempatkan pada laluan aliran udara bukaan boleh ubah. |
space | ruang | Mekanik | Gunaan | Daerah geometri tempat peristiwa berlaku. Pada umumnya, ruang fizikal mungkin bersifat satu dimensi, dua dimensi ataupun tiga dimensi. Bagaimanapun, dalam penggunaan sehari-hari, istilah ruang digunakan untuk merujuk pada daerah tiga dimensi dengan istilah ‘garis’ digunakan untuk memerihalkan daerah satu dimensi dan istilah ‘satah’ digunakan untuk daerah dua dimensi. Gagasan ruang yang mempunyai n dimensi digunakan sebagai gagasan niskala untuk memerihalkan hubungan di antara n kuantiti. |
reference mark | tanda rujukan | Kejuruteraan | Tiada | 2. Titik yang jauh, yang darinya jarak sudut titik-titik lain diambil di stesen. Sinonim: objek rujukan.,3. Salah satu titik yang digunakan dalam perekabentukan litar tercetak, yang memberikan dimensi-dimensi skala dan menunjukkan pinggir papan litar. |
centroid | sentroid | Mekanik | Gunaan | Pusat geometri bagi lembaga. Gagasan sentroid adalah sama dengan gagasan pusat jisim dan pusat graviti dengan dimensi geometri jasad itu boleh dianggap sebagai terpumpun di sentroidnya dan prinsip momen dikenakan kepada dimensi unsur infinitesimal. Sentroid wujud untuk jasad satu dimensi, jasad dua dimensi dan jasad tiga dimensi dengan masing-masing dimensi geometri yang terlibat ialah panjang, luas dan isi padu. Ungkapan untuk koordinat sentroid C(xc,yc,zc) diberikan oleh hubungan, xc = (x dK)/K yc = (y dK)/K zc = (z dK)/K dengan K sebagai kuantiti geometri yang berpadanan, iaitu panjang L untuk kes 1-D, luas A untuk kes 2-D dan isi padu V untuk kes 3-D; (x,y,z) ialah koordinat bagi unsur dK. Bagi jasad yang mempunyai jisim tentu r yang seragam, sentroidnya sekena dengan pusat jisim jasad itu. lihat juga sentroid jasad rencam. |
Arab-Israeli conflict | konflik Arab-Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palesti |
strain | terikan | Mekanik | Gunaan | Nisbah perubahan dimensi jasad terhadap dimensi asalnya. Daya tegangan menyebabkan terikan tegangan dan daya ricih yang bertindak pada jasad menyebabkan terikan ricih. Terikan merupakan nisbah di antara dua kuantiti yang mempunyai unit ukuran yang sama dan, oleh itu, ia tidak berdimensi; kadangkala ia ditulis dalam bentuk peratusan. |
installation | pemasangan;; pertabalan (raja-raja) | Kesenian | Tiada | Karya dua dimensi dan tiga dimensi yang memerlukan ruang yang luas untuk dihasilkan dan dipamerkan. |
spheroid of reference | sferoid rujukan | Matematik | Tiada | Angka bersifat teori yang dimensinya hampir mendekati dimensi geoid dan dimensi tepatnya ditentukan dengan pelbagai pertimbangan terhadap bahagian permukaan bumi yang dipertimbangkan. Contohnya sferoid rujukan ialah sferoid Bessel, sferoid Clarka, sferoid Delambre, sferoid Everest, sferoid Hayford, dan sferoid Helbert. Reference spheroid. |
absolute space-time | ruang-waktu mutlak | Fizik | Mekanik | Penyatuan mutlak dimensi waktu (t) bersama tiga ruang dimensi lain (x, y, z) menjadikannya empat dimensi ruang-waktu yang kontinum dan wujud secara abstrak dalam teori kerelatifan. |
Einstein universe | alam semesta Einstein | Fizik | Mekanik | Suatu model alam semesta yang terdiri daripada permukaan silinder 4 dimensi dalam ruang 5 dimensi. |