dynamic economics | ekonomi dinamik | Ekonomi | Tiada | Lihat analis dinamik. |
dynamic routing protocol | protokol penghalaan dinamik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang membenarkan peranti rangkaian mendapatkan maklumat talaan secara automatik. Contohnya, penghalaan dinamik RIP, EIGRP terjadi apabila penghala berinteraksi dengan penghala bersebelahan dengan menyatakan jenis rangkaian yang dihubungkan. Penghala perlu berinteraksi menggunakan protokol penghalaan yang sedia ada. |
dynamic analysis | analisis dinamik | Ekonomi | Tiada | Kajian tentang perubahan ekonomi dan proses penyelarasannya yang berlaku secara berterusan, dan bukannya tentang penentuan titik keseimbangan. Dengan memasukkan unsur masa dalam analisis, sebahagian daripada nilai pemboleh ubah ekonomi pada masa tertentu bergantung pada nilai pemboleh ubah tersebut pada masa lepas. Proses ekonomi berlaku melalui satu laluan masa yang terdiri daripada tempoh-tempoh yang berturutan, dan ini digambarkan dengan lat masa. Satu model ekonomi dikatakan dinamik jika sekurang-kurangnya satu daripada pemboleh ubah dalam model tersebut mempunyai nilai tertentu pada pelbagai titik masa, atau sekurang-kurangnya satu daripada persamaan model tersebut berfungsi terhadap masa. Sinonim ekonomi dinamik. |
dynamics | dinamik | Sains Sukan | Biomekanik | Cabang ilmu mekanik yang mengkaji tentang daya dan tork yang menghasilkan pecutan jasad. |
dynamic balance | imbangan dinamik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pengimbangan yang dilakukan pada sesuatu jasad semasa sedang bergerak atau berputar. |
dynamic analysis | analisis dinamik | Sains Sukan | Biomekanik | Analisis mekanik yang merujuk objek yang mengalami pecutan. |
dynamic equilibrium | keseimbangan dinamik | Sains Sukan | Biomekanik | Konsep yang menunjukkan wujudnya keseimbangan semua daya yang bertindak bagi satu jasad yang bergerak. |
dynamic refraction | refraksi dinamik | Sains Kesihatan | Tiada | Kaedah pemeriksaan biasan mata apabila akomodasi dirangsang. |
dynamic retinoscopy | retinoskopi dinamik | Sains Kesihatan | Tiada | Kaedah pemeriksaan retinoskopi yang dilaksanakan dengan subjek menumpukan penglihatan secara binokular ke arah rangsangan di suatu jarak dekat. |
dynamic epigenome | epigenom dinamik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |