Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1. penutup (penyekat) ruang, ba­ngunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen; ~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar; ~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar; berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu; mendinding 1. memasang (melekatkan) din­ding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; mendindingi merupakan dinding (utk me­nyekat, melindungi, menahan, menutup, me­rintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis; mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll; terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; pendindingan perihal atau perbuatan men­dinding(i) atau mendindingkan; pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1 penutup keliling rumah, bilik, ruang dll yg dibuat drpd papan (tembok, pelupuh dsb): ~ rumahnya dibuat drpd kayu yg mahal. 2 sesuatu yg menyerupai dinding 1: ~ abdomen. ~ sel kulit tipis (selaput) yg menyelaputi sel. berdinding menggunakan atau mempunyai dinding: Rumah itu belum ~ tetapi sudah ada penghuninya. berdindingkan ada sesuatu sbg dinding: Pondok itu beratapkan rumbia, ~ buluh. mendinding 1 memasang dinding: Kerja ~ dijalankan pd sebelah pagi. 2 menjadi sbg dinding (penyekat, pelindung dsb): Mereka tidak dpt lari lagi kerana terjebak di antara gaung yg ternganga di sebelah kiri dan bukit yg ~ di sebelah kanan. mendindingi merupakan dinding (utk melindungi, menyekat, menutup dll): Pokok besar itu ~ kami drpd panas cahaya matahari. mendindingkan memasang sesuatu sbg dinding; menggunakan sesuatu spt dinding: Mereka ~ zink-zink di kawasan itu utk mengadakan pertunjukan. ~ tangan meletakkan tangan di dahi atau pd atas mata supaya tidak silau. terdinding tersekat oleh dinding; terlindung. pendindingan perbuatan (hal dsb) mendinding, mendindingi atau mendindingkan. pendinding penyekat; penutup; penghalang; pelindung: doa ~ doa utk melindungi diri drpd bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding

Puisi
 

Rumah besar dinding pelupuh,
     Hulu jarang hilir jarang;
Mana hati tidakkan rusuh,
     Di hulu sayang di hilir sayang.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
void volumeisi padu lompangPerhutananTiadaIsi padu ruang lumen, ruang di antara dinding-dinding sel, dan ruang di dalam dinding sel kayu yang tidak dipenuhi bahan berkayu. Pada kayu basah, ruang ini dipenuhi air. Spesies kayu yang mempunyai nilai ketumpatan bandingan yang rendah biasanya mempunyai isi padu lompang yang tinggi dan mudah diawet.
party walldinding sempadan / dinding dua tuanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
party walldinding sempadan / dinding dua tuanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
culm wall thicknessketebalan dinding kulmaBuluhTiadaKetebalan dinding yang diukur dari epidermis ke gegelang empulur. Ketebalan ini berbeza-beza mengikut spesies buluh. Contoh buluh yang mempunyai dinding yang tebal ialah buluh betong (Dendrocalamus asper) manakala dinding yang nipis ialah buluh lemang (Schizostachyum brachycladum). Ketebalan dinding menentukan kegunaan akhir sesuatu spesies.
basementtingkat bawah tanahKesenianHiasan Dalaman1. Dasaran paling rendah pada dinding atau dinding sesebuah bangunan, terutamanya apabila dibahagikan kepada bahagian atas yang dibezakan melalui bahan, cara olahan, saiz tingkap yang kecil dan jumlah tingkap yang sedikit. Dasaran boleh merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan ketinggian struktur atau lebih daripada separuh ketinggian struktur seperti yang terdapat pada istana Renaissance Itali, terutamanya di utara Itali. 2. Tingkat bawah tanah dalam sesebuah bangunan yang biasanya digunakan sebagai tempat meletakkan kereta, pemanas air atau sistem penghawa dingin. Di sesetengah tempat, tingkat bawah tanah digunakan sebagai ruang pasar raya.
piston clearancekelegaan ombohKejuruteraan AutomotifEnjinRuang di antara dinding kambi omboh dengan dinding silinder. Ruang ini digunakan untuk mengelakkan geseran sisi antara omboh dengan dinding silinder. Sinonim kelegaan sisi.
fibre wall thicknessketebalan dinding serabutBuluhTiadaKetebalan dinding yang diukur daripada hasil tolak diameter serabut dengan lumen dan dibahagi dua, dalam unit mikrometer (�m). Ketebalan ini berbeza-beza mengikut spesies buluh. Contoh buluh yang mempunyai dinding serabut yang tebal ialah buluh betong (Dendrocalamus asper) manakala dinding serabut yang nipis ialah buluh lemang (Schizostachyum brachycladum). Ketebalan dinding serabut menentukan kegunaan akhir sesuatu spesies.
case doorbingkai pintuKesenianHiasan DalamanStruktur yang terdiri daripada jenang dan kepala pintu yang dipaku bagi menampung kedua-dua daun pintu supaya mudah tertutup, yang sedatar dengan permukaan dinding. Pada dinding yang nipis atau pada sesekat, ketebalan bingkai pintu sama dengan ketebalan dinding atau sesekat.
party walldinding dua tuanKesenianHiasan DalamanDinding struktur pemisah yang dikongsi oleh dua bangunan bersebelahan, seperti yang terdapat pada rumah teres. Dinding dua tuan mempunyai ketebalan sembilan inci dan dibina sebagai penyekat kebakaran atau penebat bunyi.
curtain walldinding tiraiKesenianHiasan DalamanDinding nipis di bahagian luar bangunan yang tidak menyokong beban bangunan, bahkan beratnya disokong terus oleh kerangka struktur bangunan. Dinding ini biasanya dibina menggunakan panel kaca, panel aluminium dan panel batuan; dan terdapat pada bangunan bertingkat.
12345678910...

Kembali ke atas