push-pull | tolak tarik | Kejuruteraan | Tiada | Prinsip umum penghantaran, apabila satu kaki litar terimbang dipacu oleh bentuk gelombang berkala sementara kaki yang satu lagi dipacu oleh bentuk gelombang yang sama dengan fasa tersongsang. |
user-driven | dipacu pengguna | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses penyesuaian atau peningkatan produk mengikut kehendak atau profil individu atau sekumpulan pengguna. Misalnya keperibadian laman Web agensi berita iaitu membenarkan pengguna menukar susun atur laman Web dan jenis berita agar reka letak halaman dan jenis berita yang dikehendaki pengguna sahaja yang dipaparkan. Pengguna bukan sahaja dapat memilih jenis berita malah tapak Web agensi berita turut menyimpan profil pengguna agar setiap jenis produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan adalah mengikut gaya dan cita rasa pengguna.Contoh lain adalah keperibadian antara muka sistem pengendalian. |
cutting machine | mesin pemotong | Kejuruteraan | Tiada | Radas yang dipacu kuasa, digunakan untuk memotong bawah atau mericih arang batu untuk memotongnya dari muka. |
countershaft | aci lawan | Kejuruteraan | Tiada | Aci sekunder yang dipacu oleh aci utama dan daripadanya kuasa dipindahkan ke bahagian mesin. |
turbocharge | cas turbo | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Alat yang dipacu oleh gas ekzos enjin untuk memaksa udara masuk dengan lebih banyak ke dalam silinder. |
shaft generator | penjana aci | Kejuruteraan | Tiada | Penjana yang dipacu oleh enjin utama melalui aci. |
turbine | turbin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Mesin putaran yang dipacu oleh hentaman atau tindak balas aliran arus bendalir terhadap bilah, sauk atau bilah pandu. Mesin ini digunakan untuk memacu penjana kuasa bagi menghasilkan tenaga elektrik. |
core drill | gerudi teras | Kejuruteraan | Tiada | Alat gerudi yang dipacu kuasa, untuk mengeluarkan teras batuan secara berterusan, biasanya gerudi intan atau gerudi tembakan. |
timing chain | rantai pemasaan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Rantai yang dipacu oleh gegancu pada aci engkol untuk memacu gegancu pada aci sesondol bagi membuka rangkaan injap. |
care drill | gerudi teras | Kejuruteraan | Tiada | Alat gerudi yang dipacu dengan kuasa elektrik atau bahan api untuk mengeluarkan teras secara berterusan. |