mask | pelitup | Kesihatan Awam | Tiada | Penutup yang dipakai untuk melindungi muka, biasanya oleh doktor dan jururawat. |
cliche | klise | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah. |
face mask | pelitup muka | Kesihatan Awam | Tiada | Penutup yang dipakai untuk melindungi muka, biasanya oleh doktor dan jururawat. |
contact lens | kanta sentuh | Sains Kesihatan | Tiada | Kanta kecil yang dipakai di hadapan permukaan kornea dan sebahagian kecil pada permukaan sklera. |
cycling shoe | kasut berbasikal | Sukan | Lumba Basikal | Kasut khas yang dipakai oleh pelumba basikal. |
goggles | pelindung mata | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pengadang khas yang dipakai untuk melindungi mata. |
half-face mask | pelitup separuh muka | Kesihatan Awam | Tiada | Penutup yang dipakai untuk melindungi sebahagian muka, iaitu mulut dan hidung. |
VR headset | set kepala VR | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Peranti yang dipakai di kepala dan memaparkan realiti maya kepada pemakai. Set kepala VR ini diguna pakai dalam permainan komputer dan juga dalam aplikasi lain seperti simulator penerbangan dan makmal maya. Set ini terdiri daripada paparan stereoskopik, bunyi stereo dan sensor-sensor gerakan kepala seperti giroskop, akselerometer dan sistem lampu berstruktur. |
transvestism | transvestisme | Perubatan | Psikiatri | Kecenderungan individu untuk memakai pakaian yang biasanya dipakai oleh jantina yang berlawanan, terutama bagi rangsangan seks. |
polka dot jersey | jersi bintik | Sukan | Lumba Basikal | Pakaian khusus yang dipakai oleh pemenang semasa dalam acara jaguh bukit. |