morphism | morfisme | Matematik | Tiada | Pengitlakan suatu fungsi yang dipetakan di antara set-set. |
object | objek | Matematik | Tiada | 1. Bagi suatu pemetaan, benda yang dipetakan kepada imejnya.,2. Benda yang dapat dicerapi. |
depth point | titik kedalaman | Geologi | Tiada | Suatu kedudukan dalam kerja seismos tempat penentuan kedalaman suatu horizon yang dipetakan dikira. |
initial meridian | meridian permulaan | Matematik | Tiada | Bulatan longitud sifar sewenang pada bumi atau planet tertentu atau jasad samawi yang dipetakan, contohnya meridian Greenwich bagi bumi. Prime meridian. |
domain name system (DNS) | sistem nama domain (DNS) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang memetakan alamat protokol Internet ke alamat nama domain yang boleh difahami pengguna. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my dipetakan daripada alamat protokol Internet 202.184.84.2. |
bit map | peta bit | Teknologi Maklumat | Perisian | Suatu struktur data yang mewakili grid piksel segi empat, yang dapat dilihat melalui monitor atau medium paparan lain. Imej digital disimpan dalam fail imej dalam pelbagai format. Setiap grid dipetakan bit demi bit untuk mewakili satu imej. Secara teknikal, peta bit dikategorikan berdasarkan panjang dan lebar imej dalam unit piksel atau bilangan bit per piksel. Peta bit dikenali juga sebagai grafik raster. Imej peta bit boleh dihasilkan melalui pengimbas dan juga kamera digital. |
data migration | migrasi data | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses memindahkan data antara pelbagai storan, format atau sistem komputer. Migrasi data biasanya dilaksanakan menggunakan atur cara untuk mencapai migrasi secara automatik tanpa melibatkan penggunaan tenaga manusia. Proses migrasi diperlukan apabila pengguna menukar sistem komputer atau menambah baik kepada sistem baharu, atau apabila sistem digabungkan. Untuk mencapai prosedur migrasi data yang berkesan, data yang terdapat pada sistem lama perlu dipetakan kepada sistem baharu dengan menyediakan reka bentuk bagi pengekstrakan data dan pemuatan data. |
geocode | geokod | Pertanian | Agroteknologi | Kedudukan sesuatu lokasi, contohnya sebuah rumah yang diberikan koordinat petanya (garis bujur dan garis lintang) supaya kedudukan rumah dalam peta mudah ditentukan. Geokod digunakan� dalam pertanian persis untuk mengenal pasti kedudukan sesuatu bidang tanah. Dalam kaedah pertanian persis, baja ditabur mengikut kesuburan tanah yang berbeza mengikut lokasi ladang itu. Perbezaan antara lokasi boleh dipetakan dan kadar baja yang ditabur adalah berasaskan kesuburan tanah di lokasi berkenaan. Untuk menentukan lokasi, sistem penempatan global (GPS) digunakan dan geokod lokasi itu mesti diketahui terlebih dahulu. Lihat juga sistem penempatan global. |
retinal pattern | corak retina | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Bentuk dan topologi saluran darah pada bahagian belakang ketebalan, intensiti warna, dan percambahan atau percantuman saluran darah. Ciri ini boleh menjadi titik rujukan yang membentuk perwakilan corak retina. Corak ini boleh menjadi titik rujukan yang membentuk perwakilan corak retina. Corak ini diperoleh daripada alat pengimbas retina biometrik dan dipetakan kepada ringkasan digital. Rangkaian ini boleh diproses untuk tujuan penyahihan identiti. |
hardware interrupt | sampukan perkakasan | Teknologi Maklumat | Perisian | Mekanisme yang digunakan bagi mengubah persekitaran atur cara. Perpindahan kawalan atur cara ini dimulakan melalui perkakasan luaran. Bahagian atur cara tempat kawalan dihantar dikenali sebagai rutin perkhidmatan sampukan dalam subsistem ingatan. Sekiranya sampukan ini dilaksanakan dalam perkakasan, litar pengawal sampukan seperti pengawal sampukan teratur cara (PIC) akan menghubungkan peranti penyampuk dan pin sampukan pemproses kepada beberapa sumber sampukan melalui satu atau dua talian CPU. Sekiranya sampukan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pengawal ingatan, sampukan ini akan dipetakan ke dalam ruang alamat ingatan sistem. Contoh sampukan perkakasan ialah sampukan topeng (IRQ) dan sampukan tanpa topeng (NMI). |