accountability | kebertangugungjawaban | Pentadbiran | Tiada | Tanggungjawab yang harus dipikul kerana memegang sesuatu jawatan. |
filial responsibility | tanggungjawab filial | Gerontologi | Tiada | Kewajipan yang dipikul dan perlu dilaksanakan oleh seseorang anak terhadap ibu bapanya. |
suspended shuttering | pampanan terampai | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pampanan yang dipikul oleh penyokong lantai yang telah disiapsediakan. |
collective responsibility | tanggungjawab kolektif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kewajipan yang dipikul secara bersama oleh individu dan perkumpulan individu dalam sesebuah organisasi tertentu. Dalam konteks Malaysia, Jemaah Menteri mempunyai tanggungjawab kolektif kepada Parlimen. Sekiranya seseorang Menteri memihak kepada cadangan pembangkang di Parlimen, maka beliau seharusnya meletakkan jawatan kerana bertentangan dengan prinsip tanggungjawab kolektif. Tanggungjawab kolektif menetapkan bahawa seseorang Menteri mempunyai kewajipan untuk membela dan mempertahankan segala ketetapan yang dibuat oleh Kabinet di Parlimen. |
breaking strength | kekuatan pecah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kekuatan yang mampu dipikul oleh bahan sebelum pecah. |
working stress | tegasan kerja | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tegasan yang mampu dipikul oleh anggota struktur yang menanggung beban kerja. |
service load | beban khidmat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Beban kerjaan yang perlu dipikul oleh struktur semasa hayatnya. |
ultimate compressive strength | kekuatan mampat muktamad | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kekuatan mampat yang mampu dipikul oleh konkrit sebelum gagal. |
ultimated tensile strength | kekuatan tegang muktamad | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kekuatan tegang yang mampu dipikul oleh anggota yang ditegangkan sebelum ia gagal. |
uplift pressure | tekanan hujah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tekanan tegak yang terjadi yang mampu dipikul oleh anggota yang dibebani oleh daya tegang. |