secondary burial | pengebumian sekunder | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Amalan yang dipraktikkan oleh masyarakat lampau dengan meletakkan mayat di suatu tempat atau ditanam sehingga reput. Kemudian, tulang-tulang dan tengkorak mayat tersebut dikumpulkan untuk dikebumikan semula di kubur lain, ditempatkan di dalam tempayan atau keranda khas. Upacara ritual juga diadakan semasa pengebumian sekunder dijalankan. Contohnya, pengebumian sekunder yang dipraktikkan oleh masyarakat Iban suatu ketika dahulu, iaitu tulang-tulang mayat disimpan di dalam tempayan dan ditempatkan pada kelereng. |
trade secret | rahsia dagangan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ciptaan yang dipraktikkan oleh syarikat tertentu, yang dilindungi oleh undang-undang dagangan untuk tidak diketahui umum. |
kata bunkai | kata bungkai | Sukan | Tiada | Berbagai-bagai gerak langkah dan teknik tersembunyi di dalam kata yang dipraktikkan dalam latihan. |
resistivity log | log keberintangan | Kejuruteraan | Petroleum | Rekod berbentuk graf mengenai nilai keberintangan formasi diplot terhadap kedalaman. Nilai keberintangan diperolehi daripada proses pengelogan telaga untuk keberintangan. Kebiasaan yang dipraktikkan, rekod ini dibuat dalam turus yang kedua daripada set logn yang mengandungi dua atau tiga turus dan biasanya berpasangan dengan log keupayaan yang direkodkan dalam turus yang pertama. |
hydroponics | hidroponik | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penanaman yang menggunakan air larutan nutrien (air baja) tanpa menggunakan tanah sebagai media tanaman. Kaedah ini menggunakan bahan seperti sabut kelapa, pasir, pecahan batu bata dan habuk kayu sebagai media sokongan. Antara kelebihan kaedah hidroponik ialah ia boleh dipraktikkan di kawasan yang terhad. Selain itu, sayur-sayuran yang ditanam melalui kaedah ini lebih cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi, bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak. Kaedah penanamannya juga tidak memerlukan proses penyiraman serta penggunaan air dan baja yang terkawal. |
good manufacturing practices (GMP) | amalan pengilangan baik | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Peraturan am untuk semua bahagian pemprosesan dan pengendalian makanan yang meliputi kawasan kilang, bangunan, peralatan dan tempat pemprosesan. Amalan ini merangkumi aspek kebersihan dan sanitasi, kesihatan pekerja serta amalan baik yang perlu dipraktikkan dalam setiap peringkat pengeluaran makanan. |
pandiatonicism | pandiatonisisme | Muzik | Tiada | Teknik pengkaryaan yang melibatkan penggunaan skel diatonik dan kord diatonik secara bebas pada abad ke-20. Peraturan harmoni fungsian yang dipraktikkan pada Zaman Barok dan Zaman Klasik tidak digunakan lagi dalam teknik pengkaryaan jenis ini. Muzik ini biasanya menggunakan harmoni ton tambah untuk menghasilkan kord diatonik yang disonan. |
set theory | teori set | Muzik | Tiada | Karya muzik dalam lingkungan akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang menonjolkan sifat tidak bersandar pada sistem major dan sistem minor. Sistem tonaliti mula dianggap oleh ramai komposer sebagai terbuntu dan lapuk. Schoenberg merupakan salah seorang daripada perintis kaedah pengkaryaan baru yang terkeluar dari konsep tonaliti seperti yang telah dipraktikkan sepanjang zaman praktis lazim. Bermula dengan konsep atonaliti dan kemudiannya karya dua belas ton, gaya yang telah diilhamkan oleh Schoenberg juga telah mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung gaya pengkaryaan komposer lain. Justeru, para ahli teori seperti Allen Forte dan Mi |