Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diproses


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
static markstanda statikTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKecacatan fizikal pada filem radiografi yang telah diproses. Kecacatan ini berlaku disebabkan oleh pelepasan elektrik statik di dalam atau pada lapisan emulsi sebelum diproses.
herbal drugdrug herbaHerbaTiadaBahan drug yang terdiri daripada tumbuhan, bahagian tumbuhan (daun, akar, kulit kayu dan lain-lain), alga, fungi dan liken sama ada dalam bentuk utuh, berfragmen atau terpotong, tidak diproses dan dalam bentuk kering atau segar. Eksudat herba yang diproses juga dianggap drug herba. Drug herba ditakrifkan secara khusus menggunakan nama saintifik botani mengikut sistem binomial (genus, spesies, varieti dan pengarang).
batchkelompokHerbaTiadaSekumpulan barangan yang diproses pada satu masa atau diuruskan sebagai satu kumpulan. Menurut Amalan Pengilangan Baik, kelompok merujuk kepada satu kuantiti tertakrif bahan pemula, bahan pembungkusan atau produk akhir dalam satu proses pengeluaran. Satu kelompok boleh juga dihasilkan daripada beberapa siri proses pengeluaran yang dibahagikan kepada beberapa subkelompok dan akhirnya disatukan menjadi kelompok yang homogen. Sinonim lot.
timber slatekayu lohKesenianHiasan DalamanKayu yang diproses dalam bentuk kepingan, yang mempunyai bentuk dan warna semula jadi untuk pelbagai kegunaan membuat binaan, seperti bumbung, tiang dan sebagainya. Contohnya, kayu belian.
raw herbherba mentahHerbaPemiawaianHerba yang belum diproses, terdiri daripada keseluruhan pokok atau bahagian tertentu seperti daun, batang atau akar sama ada masih segar atau kering.
bamboo particleserpai buluhBuluhTiadaCebisan buluh yang diproses dan boleh digunakan untuk menghasilkan papan komposit.
processed herbal materialbahan herba terprosesHerbaTiadaBahan herba yang telah diproses secara khusus untuk meningkatkan keselamatan dan/atau keberkesanan, memudahkan kegunaan secara klinikal atau menghasilkan sediaan herba. Contohnya, tinktur halia, makjun tongkat ali dan salap gelenggang.
cocopeatgambut kelapaPertanianTiadaBahan yang dihasilkan daripada sabut kelapa yang telah diproses dan dihancurkan untuk dijadikan sebagai medium tanaman pertanian bagi membantu tumbesaran pokok.
multimedia graphicgrafik multimedia-TiadaBahan grafik berbantukan komputer yang boleh dipersembahkan, disimpan, diproses dan disampaikan secara digital.
saver cranekren penyimpanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKren yang digunakan untuk mengangkut bahan yang siap diproses untuk disimpan.
1234

Kembali ke atas