stand | dirian | Perhutanan | Tiada | Jumlah kayu balak yang terdapat di dalam suatu kawasan hutan dalam biasanya dinyatakan dalam isi padu per unit keluasan. Jumlah ini biasanya dijadikan panduan dalam operasi perancangan seperti membalak dan menentukan jumlah tebangan tahunan. |
merchantable volume | isi padu boleh niaga | Perhutanan | Tiada | Jumlah kayu yang terdapat dalam suatu pokok atau suatu dirian hutan yang boleh diniagakan. Jumlah ini boleh termasuk kayu-kayu cacat. |
cubic foot | kaki padu | Perhutanan | Tiada | Simbol Cu. ft. Unit sukatan sebenar yang bersamaan dengan satu kiub yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu kaki tinggi. Sukatan ini digunakan untuk menyukat isi padu dirian dalam hutan atau isi padu balak dan kayu gergaji di kilang papan. |
form factor | faktor bentuk | Perhutanan | Tiada | 1. Nisbah isi padu kayu yang diperoleh daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 meter. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian. 2. Nisbah modulus kepecahan batang rasuk yang mempunyai bentuk dan ukuran tertentu kepada modulus kepecahan rasuk piawai. |