Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disalah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deja vu phenomenonfenomena deja vuPerubatanTiadaGejala yang kelihatan apabila pengalaman baru disalah tanggap sebagai pengalaman yang pernah dialami.
snow bannerpanji saljiMeteorologiMeteorologi PerhubunganSalji yang diterbangkan dari puncak gunung. Kadangkala disalah anggap sebagai asap gunung berapi atau awan panji.
cengalcengalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Neobalanocarpushemii daripada famili Dipterocarpaceae. Nama lain di semenanjung ialah penak, dan sering disalah anggap sebagai kayu daripada jenis lain, seperti balau, merawan, dan giam. Gubal kayu cengal berwarna kuning muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat yang lebih tua apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 9805 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu cengal mudah diproses dan dikemas siap. Kayu cengal amat tahan dan tidak perlu diawet. Kayu ini maat sesuai untuk semua bentuk binaan berat, alas landasan kereta api, jambatan, dermaga, tiang eletrik, dan perabot kegunaan lasak.
percentage participationpenyertaan peratusanPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam kontrak insurans kesihatan yang mencatatkan bahawa insurer akan berkongsi kerugian dengan pihak yang diinsuranskan mengikut kadar yang telah dipersetujui. Istilah ini selalunya disalah anggap sebagai koinsurans. Contoh: penyertaan 80 - 20 bermaksud pihak yang diinsuranskan menanggung baki 20% daripada kerugian yang dilindungi oleh kontrak.
hover flylalat bungaBiologiEntomologiLalat dalam famili Syrphidae, iaitu famili serangga dwisayap yang besar. Kebanyakan serangga ini mengepak-ngepak di atas bunga dan pokok renek. Lalat ini kadang-kadang disalah sangka sebagai penyengat disebabkan corak jalur kuning yang terdapat pada abdomennya. Larva spesies tertentu yang tidak berkaki dan kecil memakan afid pada pokok bunga mawar atau pokok buah-buahan. Larva sesetengah spesies pula hidup di dalam najis atau di dalam air, manakala yang lainnya hidup di dalam sarang semut, penyengat, dan lain-lain.
Ascaris lumbricoidesAscaris lumbricoidesPerubatanTiadaCacing bulat yang memparasit usus kecil manusia, terutama pada kanak-kanak di kawasan tropika. Infeksi oleh cacing ini kadangkala mungkin mengakibatkan penyekatan usus yang mungkin disalah diagnos sebagai apendisitis. Sin: cacing gelang.

Kembali ke atas