Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diselang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Otto cyclekitar OttoFizikHabaKitar termodinamik untuk menukarkan haba kepada kerja. Kitar ini terdiri daripada dua fasa isentropik yang diselang-seli di antara dua fasa isokor.
puff pastrypastri gelembungMakanan dan PemakananTeknologi MakananDoh lembut yang mengandungi lemak yang tinggi untuk membentuk lapisan berkeping. Semasa penyediaan, lapisan lemak diselang-seli dengan lapisan doh supaya stim berkumpul semasa pembakaran. Ini mengakibatkan doh mengembang serta membentuk ruang besar di antara lapisan nipis pastri.
exoneksonBioteknologiTiadaBahagian DNA bagi gen yang mengekod maklumat bagi jujukan asid amino sebenar di dalam sesuatu protein. Pada kebanyakan gen eukariot, jujukan pengekod terdiri daripada satu siri ekson yang diselang-seli dengan jujukan intron. Semasa transkripsi, intron dipotong dan jujukan ekson disumbat untuk membentuk mRNA dalam sintesis protein.
strip croppingpenanaman jalurPertanianAgroteknologiKaedah penanaman yang diamalkan untuk memulihara tanah di tepi lereng bukit dengan mengurangkan kesan hakisan tanah yang diakibatkan saliran air yang kuat di tempat yang cerun. Kaedah ini melibatkan penanaman dua atau lebih jenis tanaman, iaitu setiap jenis tanaman pada satu jalur yang diselang-selikan dengan jalur tanaman lain. Jalur-jalur tersebut diatur mengikut kontur tanah. Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, jenis tanaman yang memerlukan pembajakan intensif seperti jagung perlu diselang-selikan dengan tanaman yang tidak memerlukan pembajakan yang intensif seperti rumput dan kekacang pastura. Jalur yang kurang dibajak memainkan peranan untuk menyekat saliran air di tepi bukit.
rondorondoMuzikTiada

 Bentuk muzik yang mengandungi beberapa bahagian yang terdiri daripada bahan ulangan yang diselang-selikan dengan bahan baru. Contoh bentuk muzik ini ialah ABACAB'A. Ba­hagian A diulangi secara berselang-seli dengan bahagian lain yang mengandungi bahan bam yang dikenali sebagai episod. Bahagian A bermula dalam nada tonik dan episod pertama B biasanya dalam nada dominan major, median atau dominan minor. Episod kedua, iaitu C adalah dalam nada seperti subdominan dan submedian. Episod ketiga B1 adalah dalam nada tonik.

low comedyriawara kasarKomunikasiKorporatJenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kan
kabakabaKesusasteraanTiadaSastera lisan atau bertulis orang Minangkabau yang mungkin dapat dikategorikan sebagai genre roman lipur lara. Kaba biasanya merupakan roman sejarah atau didaktik yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kerohanian. Unsur yang menjadi asas cerita kaba masih sama seperti lipur lara, iaitu percintaan dan pengembaraan. Kaba disampaikan dalam bahasa yang berbunga-bunga, diindahkan dengan pantun dan talibun. Kaba memperlihatkan pengaruh Islam yang ketara, namun unsur peribumi dan Hindu juga agak dominan. Kaba disampaikan oleh tukang kaba dengan iringan alat-alat bunyian dan diselang-selikan dengan tarian randai. Persembahan kaba biasanya mengiringi upacara adat setempat. Kaba yang tertua ialah kaba Cinduo Mato yang dianggap wujud sebelum tahun 1350. Contoh kaba yang lain ialah Sabai Nan Aluih, Rancak di Labueh dan Puti Nilam Cayo. Kaba berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud �khabar�. Lihat juga talibun.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanum

Kembali ke atas