price discrimination | diskriminasi harga | Ekonomi | Tiada | Pengenaan harga yang berbeza bagi barang yang sama kepada pembeli yang berlainan. Diskriminasi harga selalunya diamalkan oleh firma monopoli apabila terdapat perbezaan keanjalan permintaan antara kumpulan pembeli. Misalnya, kadar bayaran bagi penggunaan elektrik, air, dan perkhidmatan telefon berbeza antara kegunaan kediaman dengan kegunaan perusahaan. |
sex discrimination | diskriminasi jantina | Ekonomi | Tiada | Layanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita. |
discrimination | diskriminasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi, tindakan, layanan atau proses yang berat sebelah kepada kelompok tertentu. Amalan ini wujud disebabkan oleh perbezaan sosial seperti kasta, kelas, etnik, agama, warna kulit, bahasa dan budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dominasi sosial yang berasaskan kepada perbezaan tersebut menyebabkan muncul perasaan terpinggir, penafian dan kekecewaan oleh kelompok yang didominasi. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila tindakan diskriminasi ini dijelmakan dalam bentuk dasar sosial, politik dan ekonomi yang dilihat hanya menguntungkan kelompok dominan. Contohnya, etnik kulit hitam di Afrika Selatan yang didiskriminasi oleh pemerintah kulit putih sewaktu rejim Aparteid. |
racial discrimination | diskriminasi ras | Ekonomi | Tiada | Layanan kurang baik terhadap ras tertentu yang timbul kerana prasangka terhadap kebolehan, kemahiran dan keistimewaan hak. |
non-discrimination | tak diskriminasi | Pendidikan | Tiada | Bukti tentang perbezaan bangsa, etnik, jantina atau kebolehan yang tidak memberi bias kepada keputusan instrumen atau tata-cara pentaksiran. |
discrimination reaction time | masa reaksi diskriminasi | Sains Sukan | Biomekanik | Situasi yang memerlukan individu memilih pelbagai jenis gerak balas yang sesuai mengikut jenis rangsangan yang boleh diterima daripada persekitaran. |
women discrimination | diakriminasi wanita | Ekonomi | Tiada | Lihat diskriminasi jantina. |
fatphobia | fobia gemuk | Psikologi | Tiada | Sikap terhadap diskriminasi, prasangka, dan stereotaip negatif terhadap orang yang memiliki saiz badan yang lebih besar. |
labour economics | ekonomi buruh | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang mengkaji pasaran buruh seperti permintaan dan penawaran buruh, kecekapan buruh, upah, pergerakan pekerja, diskriminasi pekerjaan, dan masalah pengangguran. Cabang ekonomi ini lebih kerap menggunakan teori mikroekonomi. |
xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |