discussion board | papan diskusi | Teknologi Maklumat | Tiada | Papan buletin dalam talian yang membolehkan pengguna menghantar mesej dan melihat maklum balas kepada mesej yang dihantar, ataupun pengguna boleh membaca sahaja mesej yang ada. Dalam Internet , Usernet menyediakan beribu-ribu papan diskusi. Perisian papan diskusi kini boleh didapati untuk aplikasi Web. |
discussion group | kumpulan diskusi | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat forum diskusi |
discussion forum | forum diskusi | Teknologi Maklumat | Tiada | Kumpulan individu yang saling bertukar-tukar mesej tentang topik yang diminati bersama. Kumpulan ini selalu dikaitkan dengan kumpulan berita tetapi boleh juga berbentuk papan diskusi, forum dalam talian, kumpulan list |
common consent | persetujuan umum | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang. |
distance learning | pembelajaran jarak jauh | Teknologi Maklumat | Tiada | Cara mendapat pendidikan tanpa perlu bersemuka di dalam kelas. Pada akhir-akhir ini, Internet sering digunakan untuk menyampaikan kandungan, jadual, kerja kursus dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain. Forum diskusi juga semakin banyak digunakan untuk pembelajaran kolaboratif di kalangan peserta kursus dengan pengajar atau fasilitator. |