values | nilai | Pentadbiran | Tiada | Konsep pendapat yang bersifat nyata dan berselindung untuk menerangkan tentang apa yang disukai, dan tidak disukai oleh seseorang ataupun kumpulan terhadap sesuatu benda, kerja dan sebagainya. |
mass taste | citarasa rendah | Komunikasi | Tiada | Kecenderungan untuk menghayati sesuatu yang disukai oleh sejumlah besar golongan biasa. Contohnya, keinginan untuk menikmat muzik dan permainan yang mudah di peroleh di mana sahaja. |
cognitive style | gaya kognitif | Pendidikan | Tiada | Gaya atau cara pembelajaran yang disukai oleh seseorang. |
honeydew | madu serangga | Biologi | Entomologi | Rembesan manis yang dikeluarkan oleh afid, yang disukai semut. |
shift differential | beza syif | Pentadbiran | Tiada | Syif bekerja yang dilakukan pada masa yang tidak diingini atau tidak disukai oleh pekerja, dan pekerja akan diberikan ganjaran yang lebih. |
consumer choice | pilihan pengguna | Sosiologi | Tiada | Hak, kebebasan atau peluang untuk menentukan barangan, perkhidmatan atau ciri kedua-duanya yang disukai dan dikehendaki oleh pengguna. |
mal | harta | Perniagaan Islam | Tiada | Produk barangan, faedah dan perkhidmatan atau hak dan pemilikan yang mempunyai nilai. Harta merupakan kepentingan manusia, boleh dimiliki, serta diuruskan secara bebas. Dalam mazhab Hanafi, mal ialah suatu yang disukai atau diingini oleh manusia dan boleh disimpan untuk keperluan. Terdapat pelbagai jenis harta seperti mal mutaqawwam, mal ghayr mutaqawwam, mal mithli, mal qimi, mal ‘aqar, mal manqul, mal isti‘mali, mal istihlaki, mal ‘ain dan mal dayn. |
attention value | nilai perhatian | Komunikasi | Korporat | Strategi memilih dan menentukan media yang tepat oleh agensi pengiklanan sebagai alat penyaluran mesej bagi mendapatkan pulangan perhatian khalayak yang tertinggi. Ciri pemilihan sesuatu media ialah jenis media yang paling terdedah kepada khalayak, media yang disukai, media yang mudah mendapat perhatian, dan media yang boleh menyampaikan mesej iklan secara berkesan. |
persuasion | pujukan | Psikologi | Psikologi Umum | Sebarang usaha untuk mengubah sikap atau kepercayaan individu melalui maklumat dan hujah yang menyakinkan. Contohnya, ahli perniagaan selalunya mempunyai keyakinan bahawa pandangan atau sikap seseorang itu boleh diubah. Pujukan boleh merupakan sekadar pandangan kecil seseorang kawan terhadap suatu perkara atau produk yang tidak disukai atau sebaliknya hinggalah kepada pemilihan sesuatu parti pemerintah yang boleh menelan belanja berjuta-juta ringgit. Kejayaan pujukan boleh dipengaruhi oleh tiga faktor utama, iaitu mesej yang disampaikan, orang yang menyampaikannya dan khalayak yang ditumpukan. |
astringency | kekelatan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Fenomena yang berkaitan dengan rasa, yang dirasai sebagai rasa kering dan kesat di dalam mulut. Kekelatan biasanya melibatkan gabungan tanin atau polifenol dengan protein dalam air liur bagi membentuk mendakan atau gumpalan yang menghapuskan kesan pelincir air liur. Kekelatan mungkin merupakan sifat perisa yang disukai, seperti yang terdapat dalam minuman teh. Tetapi jika berlebihan ia boleh menyebabkan sesuatu makanan tidak sesuai dimakan. |