tectofacies | tektofasies | Geologi | Tiada | Litofasies yang ditafsirkan secara tektonik. |
reinterpretation | tafsiran semula | Kesusasteraan | Tiada | Naskhah yang ditafsirkan semula oleh penyalin atau khalayak sehingga membawa kepada tafsiran baru. Contoh: tokoh-tokoh legenda seperti Dato' Bahaman, Dato'Dol Said Naning, Dato' Maharajalela yang dahulu dianggap sebagai penderhaka tetapi kini dianggap sebagai pahlawan bangsa. |
S event | peristiwa S | Kejuruteraan | Tiada | Fenomenon yang ditafsirkan sebagai pereputan meson K atau hiperon dalam keadaan rehat. |
byte[B] | bait (B) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit data atau saiz daftar yang ditafsirkan sebagai kata data yang panjangnya 8 bit. Perkataan "byte" berasal daripada perkataan bahasa Inggeris 'bite' yang bermaksud sedikit makanan. |
accounting period | tempoh perakaunan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jangka masa sesuatu urus niaga kewangan direkodkan dan ditafsirkan biasanya untuk satu tahun. |
solar mythology | mitologi matahari | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita tradisi sama ada sastera rakyat atau legenda yang ditafsirkan secara primitif berkaitan hubungannya dengan matahari. |
coefficient of compressibility | pekali ketermampatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Faktor yang diperoleh daripada perubahan nisbah lompang per unit kenaikan tekanan yang ditafsirkan dalam sentimeter. |
semiotics of performance | semiotik pementasan | Kesenian | Drama dan Teater | Sistem tanda dan perlambangan yang dapat dilihat dalam sesuatu pementasan dan boleh ditafsirkan maknanya oleh penonton. Semiotik pementasan boleh ditunjukkan melalui pelbagai cara. Contohnya, penggunaan topeng, gerak isyarat, rekaan set, warna dan rekaan kostum. |
obfuscate (advertisement) | kabur (iklan) | Komunikasi | Korporat | Kesalahan umum dalam penulisan iklan kerana menggunakan perkataan yang tidak memberikan maksud khusus, sukar difahami atau sukar ditafsirkan. Kesalahan ini biasanya terjadi apabila penulis iklan tidak memikirkan keperluan khalayak dan jenis media yang digunakan. Contohnya, kesalahan penulisan iklan pada papan tanda yang menggunakan tajuk “Kedai Gunting Wanita”. Penulisan ini mengelirukan khalayak kerana sepatutnya ditulis “Kedai Gunting Rambut Wanita”. Kesilapan seperti ini boleh berlaku disebabkan gaya penulisan yang disengajakan untuk mengaburkan makna ayat dalam iklan bagi mendapatkan perhatian khalayak, atau penulis iklan tersebut kurang menguasai aspek kebahasaan. |
myriad | limpahan | Kesusasteraan | Tiada | Kepelbagaian makna dalam karya sastera. Sesuatu hasil karya sastea biasanya bersifat simbolik, bermetafora, dan mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Justeru, karya sastera ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut pandangan dengan konteks makna yang pelbagai. |