Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanam

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Betung ditanam aur tumbuh.

Bermaksud :

Mengharap untung, kiranya mendapat rugi.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seasonal croptanaman bermusimPertanianAgronomi

 1.  Tanaman jangka pendek yang ditanam mengikut cuaca. Contohnya, padi ditanam pada musim tengkujuh, manakala tembakau ditanam pada musim kemarau. 

2.  Tanaman yang berbuah pada musim tertentu dan tidak sepanjang tahun. Contohnya, durian dan rambutan.
zero burningpembakaran sifarPertanianAgroteknologiPembersihan kawasan hutan atau kawasan tanaman lama untuk ditanam dengan tanaman baharu atau ditanam semula tanpa menggunakan kaedah pembakaran. Pokok yang sedia ada ditumbangkan dan diracik dengan jentera, kemudian ditanam dalam parit untuk dibiarkan reput. Kaedah ini bertujuan untuk memelihara alam sekitar daripada pencemaran dan mengelakkan penjanaan karbon dioksida yang akan mengakibatkan pemanasan global.
Catch cropTanaman selangPertanianAgronomi

Tanaman jangka pendek yang ditanam bersama dengan tanaman utama atau ditanam antara musim tanaman utama bagi mendapat pendapatan tambahan. Selain itu tanaman selang mampu memaksimumkan penggunaan tanah pertanian. Contoh termasuklah menanam pokok pisang atau betik antara barisan tanaman utama seperti getah atau kelapa sawit yang masih muda. Contoh lain termasuk menanam tembikai, tembakau, jagung atau kacang panjang antara musim penanaman padi.

arboretumarboretumHerbaBotani dan BioteknologiKawasan khas yang ditanam dengan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan di pusat ini ditanam untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, perhiasan dan pemuliharaan. Contohnya, arboretum buah-buahan hutan, buluh dan dipterokarpa di FRIM, dan arboretum buah-buahan nadir dan herba di MARDI.
annual croptanaman semusimVeterinarTiadaTanaman yang ditanam dan hasilnya diperoleh dalam musim yang sama. Jenis tanaman seperti ini perlu ditanam semula untuk mendapatkan hasil yang seterusnya. Contohnya, tanaman jagung, kacang soya, padi dan gandum.
hormone implantationpengimplanan hormonVeterinarTiadaKaedah menanam pelet hormon penggalak pertumbuhan pada bawah kulit yang selalunya ditanam pada bahagian telinga. Hormon yang ditanam akan dilepaskan secara perlahan dan berterusan dalam tempoh beberapa bulan. Tujuannya untuk menggalakkan pertumbuhan ternakan. Ternakan yang menerima hormon akan menghasilkan lebih banyak daging dan mengurangkan kadar lemak. Antara contoh hormon ialah estrogen, endrogen, progestogen, heksestrol dan stilbestrol.
row cropstanaman barisanPertanianAgroteknologiTanaman kontan yang ditanam secara dalam barisan dengan jarak tertentu bagi memudahkan operasi ladang menggunakan jentera, seperti penggemburan tanah dan pengawalan rumpai. Biasanya, tanaman ini ditanam di atas batas. Contoh tanaman berbaris termasuk jagung, keledek, ubi kayu, kacang soya dan sengkuang.
root croptanaman ubi-ubianPertanianAgronomi

 Tanaman yang ditanam terutamanya untuk menghasilkan umbisi seperti ubi kayu, keledek, sengkuang dan keladi. Kesemua tanaman ubi mempunyai kandungan air yang tinggi dan ditanam di tanah gembur supaya memudahkan hasilnya dituai.

Check varietyVarieti kawalanPertanianAgronomi

Satu varieti terkenal yang diketahui ciri dan hasilnya yang ditanam bersama dengan varieti baru yang diuji dalam satu percubaan. Tujuan varieti kawalan ditanam ialah supaya perbandingan dapat dibuat antara varieti baru dengan varieti sedia ada untuk mengetahui sama ada varieti baru mempunyai prestasi yang lebih baik.

green manurebaja hijauPertanianAgroteknologiBaja yang dihasilkan daripada tanaman segar yang ditanam khas untuk menyuburkan tanah. Kebanyakan tanaman ini terdiri daripada tumbuhan famili Leguminoseae atau kekacang yang berupaya mengikat nitrogen dari udara, dan biasanya ditanam selepas musim tanaman utama seperti jagung atau padi. Daun tanaman ini tinggi kandungan nitrogennya dan mampu meningkatkan kandungan nitrogen. Tanaman ini akan dipotong dan digaul supaya bercampur dengan tanah dan dibiarkan selama satu bulan atau lebih sebelum penanaman tanaman utama dilakukan.
12345678910...

Kembali ke atas