foot | unit matra | Kesusasteraan | Tiada | Satu unit ritma yang mengandungi satu pasangan atau gugusan suku kata, panjang atau pendek, yang ditekankan atau tidak ditekankan. |
feminine rhyme | rima dwisuku | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang menunjukkan suku kata sama yang ditekankan diikuti suku kata sama yang tidak ditekankan. |
bisyllabic rhyme | rima dwisuku | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang menunjukkan suku kata sama yang ditekankan, diikuti oleh suku kata yang tidak ditekankan `Dam dan Dan' disebut rima, "samping dan damping" disebut rima dwi suku. |
double rhyme | rima ganda | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang menunjukkan suku kata sama yang ditekankan diikuti oleh suku kata yang tidak ditekankan "Dam dan Dan" disebut rima, "samping" dan 'damping" disebut rima dwisuku. |
metre | meter | Kesusasteraan | Tiada | Susunan unit tekanan dan bukan tekanan dalam baris puisi yang menghasilkan ritma. Unit ini disebut sebagai unit meter. Susunan unit meter dalam puisi berdasarkan salah satu daripada yang berikut: (a) Bilangan suku kata yang ditekankan dalam baris. (b) Bilangan suku kata yang ditekankan dan tidak ditekankan dalam baris. (c) Bilangan suku kata dalam baris. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �ukuran�. Lihat juga ritma. |
pathet | pathet | Muzik | Tiada | Mod dalam skel pelog dan slendro bagi muzik gamelan Jawa yang mengandungi formula melodi, pic yang ditekankan dan kontur melodi tertentu. Contoh formula melodi dalam skel pelog pathet lima ialah 5421 atau 5321, sementara pic yang ditekankan ialah 1 dan 5. Formula melodi pelog pathet nem ialah 2165, sementara pic yang ditekankan pula ialah 2 dan 5. Formula melodi pelog pathet barang ialah 3276, pic 6 dan 2 ditekankan. Formula melodi slendro pathet nem ialah 6532, pic 2 ditekankan. Bagi slendro pathet sanga, formula melodinya ialah 2165, dan pic 5 ditekankan. Sementara formula melodi slendro pathet manyura ialah 3216 dan pic 6 ditekankan. Setiap pathet dikaitkan dengan suasana atau perasaan dan digunakan pada waktu persembahan wayang kulit yang berlainan. Sinonim patet. Lihat juga pelog, slendro.
|
antibacchius | antibakius | Kesusasteraan | Tiada | Kaki matra yang terdiri daripada tiga suku kata, dua yang pertama ditekankan manakala suku kata yang ketiga tidak ditekankan jika rangkap puisi tersebut dinaikkan tekanannya, dua yang pertama panjang dan yang ketiga pendek jika terdiri daripada rangkap kuantiti. |
quaternarius | baris empat padat | Kesusasteraan | Tiada | Istilah daripada perkataan Yunani yang tidak dikenali asal usul katanya yang menunjukkan kaki matra yang mengandungi suku kata yang tidak ditekankan diikuti dengan suku kata yang tidak ditekankan iaitu /. |
anacrusis | anakrusis | Kesenian | Tiada | 2. Satu atau sekumpulan nota yang tidak ditekankan pada permulaan frasa muzik. |
feminine ending | hujung pemanis | Kesusasteraan | Tiada | Tambahan suku kata yang tidak ditekankan pada akhir baris sesebuah sajak. Biasanya, pada hujung pemanis terdapat skema rima yang menggunakan rentak nada iambik yang mempunyai 10 suku kata dalam puisi Inggeris. Penyair yang menggunakan hujung pemanis ini menambah suku kata yang kesebelas pada baris rentah nada iambik tersebut. Contohnya, seperti dalam baris yang dipetik daripada drama Hamlet oleh Shakespeare: �To be / or not/to be/, that is/the ques/tion�. Lihat juga matra iambik. |