detailed | terperinci | Sejarah | Tiada | Sifat sesuatu yang diteliti dan dikaji dengan amat halus dan perinci. |
data scope | skop data | Komputer | Tiada | 1. Ruang pengaruh data terhadap perkara yang diteliti. 2. Peranti khas untuk meneliti dan memaparkan pengaliran data dalam talian penghantaran data. |
inspection goods | barang periksa | Ekonomi | Tiada | Barang yang ciri-ciri relevannya kepada pembeli boleh diteliti dan ditentukan oleh bakal pembeli itu. |
fishbowl session | sesi jeluk | Pendidikan | Tiada | Teknik perbincangan dalam kelompok kecil yang diperhatikan dan diteliti oleh anggota lain di dalam bilik yang sama sebagai asas perbincangan selanjutnya. |
canned sight | pemandangan siaga | Komunikasi | Tiada | Filem atau video yang diedarkan oleh syarikat pengedar untuk diteliti oleh pihak stesen sebelum dipilih untuk tujuan tayangan. |
Q- band | Jalur Q | Biologi | Genetik | Corak jalur apabila kromosom diwarnakan dengan mustard kuanikrina dan diteliti di bawah cahaya ultra-lembayung. Teknik ini amat berguna untuk mengenal pasti kromosom Y. |
script reading | pembacaan skrip | Komunikasi | Tiada | Sesi membaca dan memahami skrip oleh pelakon dan petugas penggambaran. Skrip perlu diteliti oleh pelakon untuk mengenali watak dan menghayati cerita. Bagi petugas penggambaran pula, mereka perlu memahami skrip bagi tujuan penjadualan dan persiapan penggambaran. |
incision biopsy | biopsi insisi | Perubatan | Tiada | Pemotongan sebahagian lesi dan tisu normal di bahagian pinggirnya daripada tubuh manusia yang masih hidup untuk dikaji dan diteliti dan mendapatkan diagnosis. |
Auteur theory | teori Auteur | Komunikasi | Tiada | Teori yang memberi tumpuan kepada sudut pandangan dan pengaruh pengarah dalam pembuatan sesebuah filem. Sudut pandangan pengarah boleh diteliti daripada hasil keseluruhan filem, termasuklah kesatuan dari segi tema dan gaya. Dalam aspek ini, sumbangan penulis tidak dilihat sehebat sumbangan yang diberikan oleh pengarah, terutamanya dari segi nilai estetikanya. Teori ini telah diperkenalkan oleh Francois Truffaut dan diamalkan oleh pengkritik Perancis dalam jurnal Cahires Du Cinema pada tahun 1950-an. |
logging | pengelogan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Proses merekodkan setiap urus niaga, operasi atau perubahan yang dilakukan oleh pengguna, atur cara atau sistem pengendalian sebagai ringkasan dalam fail log supaya boleh diteliti pada masa lain sekiranya diperlukan. |