Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diterima

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Garam jatuh di air.

Bermaksud :

Nasihat yang diterima dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accomodation linelini akomodasiinsuransTiadaPerniagaan yang diterima daripada pengantara yang biasanya tidak diterima mengikut standard pengunderaitan yang ketat tetapi diterima disebabkan oleh keuntungan keseluruhan perniagaan yang diberi oleh pengantara atau pelanggan tersebut.
innkeepers legal liabilityliabiliti undang-undang penjaga rumah penginapaninsuransTiadaPerniagaan yang diterima daripada pengantara yang biasanya tidak diterima mengikut standard pengunderaitan yang ketat tetapi diterima disebabkan oleh keuntungan keseluruhan perniagaan yang diberi oleh pengantara atau pelanggan tersebut.
innkeepers legal liabilityliabiliti undang-undang penjaga rumah penginapanPentadbiran PerniagaanTiadaPerniagaan yang diterima daripada pengantara yang biasanya tidak diterima mengikut standard pengunderaitan yang ketat tetapi diterima disebabkan oleh keuntungan keseluruhan perniagaan yang diberi oleh pengantara atau pelanggan tersebut.
infrared systemsistem infra merahSains KesihatanTiadaIsyarat akustik yang diterima oleh mikrofon ditukar ke bentuk gelombang infra merah yang tersebar dalam suatu medan persekitaran, akan diterima, diperkuat, dan ditukar semula ke bentuk isyarat akustik oleh alat penerima yang dipakai oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran. Kekuatan isyarat yang diterima dapat diubah suai mengikut keselesaan pendengar.
accepted author manuscript (AAM)manuskrip pengarang diterima (AAM)-TiadaManuskrip yang telah dinilai dan diterima untuk diterbitkan.
gross written premiumpremium bertulis kasarinsuransTiadaSemua premium yang diterima daripada segala sumber termasuk yang diterima daripada insurer lain.
legitimacykeabsahanSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan pemerintah yang diterima secara sah oleh rakyat setelah dipilih melalui peraturan yang diterima pakai oleh sesebuah negara. Keabsahan hanya wujud apabila kerajaan yang muncul menggunakan prosedur yang sepatutnya dalam memilih kerajaan dan proses tersebut berjalan tanpa kekerasan. penipuan, rasuah atau manipulasi. Pemerintah yang muncul secara pemberontakan, rampasan kuasa dengan pembunuhan pemimpin negara atau kudeta tentera tidak mendapat keabsahan. Untuk mendapatkan keabsahan dan penerimaan orang ramai, kerajaan yang muncul ini kemudiannya akan mengadakan pilihan raya. Contohnya, penguasaan Amerika Syarikat ke atas pemerintahan Iraq tidak absah dan dengan itu mereka terpaksa mengadakan pilihan raya pada tahun 2005 bagi mendapatkan legitimasi.
rationalizationrasionalisasiSains PolitikPolitik PerbandinganPenjelasan pemikiran yang diterima akal, logik, berasaskan kepada hubungan sebab-musabab dan saintifik. Walau bagaimanapun, penjelasan ini tidak semestinya benar tetapi logik yang digunakan dapat diterima oleh fikiran pendengar. Penjelasan yang rasional ini kadangkala boleh bersifat negatif tetapi apabila dilahirkan secara munasabah, ia boleh mempengaruhi pemikiran seseorang. Ahli falsafah Immanuel Kant sering menggunakan rasionalisasi dalam penjelasannya berhubung dengan sesuatu perkara. Sinonim rasional.
effective dosedos berkesanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJumlah dos sinaran yang diterima oleh keseluruhan tubuh untuk memberikan kesan kesihatan kepada individu. Jumlah dos berkesan yang diterima oleh individu dikira dengan mengira purata dos setara untuk tisu badan yang berbeza dengan mendarabkan faktor pemberat W bagi menggambarkan kesan yang berbeza-beza ke atas tisu yang berlainan. Formula bagi dos berkesan diberi sebagai E = WH, E = Dos berkesan W = Faktor pemberat H = Dos setara
canonkanunKesusasteraanTiadaSekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas