empathic distress | distres empatik | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan tidak selesa yang ditimbulkan oleh persepsi individu terhadap penderitaan orang lain. Contohnya, individu yang marah bagi pihak orang lain didorong oleh motivasi untuk mendapatkan pengiktirafan atau untuk melegakan perasaannya sendiri. |
civil commotion | kegemparan awam | Sejarah | Tiada | Keadaan kacau-bilau atau huru-hara yang ditimbulkan oleh orang awam untuk menunjukkan tentangan kepada pemerintah. |
orifice meter | meter orifis | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : meter apar Peranti tabir yang mengukur dan merakam perbezaan tekanan yang ditimbulkan oleh bendalir yang mengalir melalui orifis yang diletakkan di dalam arus aliran bendalir berkenaan, dan ia juga mengukur serta merakam tekanan statik atau tekanan sebenar pada sistem tersebut. Dengan kaedah ini, peranti tersebut boleh digunakan untuk mengukur kadar alir bendalir yang mengalir di dalam sesuatu sistem atau paip tempat peranti berkenaan dipasang, iaitu sebagai meter aliran. |
onomatopoeia | onomatopeia | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa kiasan atau majas yang menggunakan kata yang hampir sama dengan bunyi atau suara yang ditimbulkan oleh sesuatu barang, gerak atau orang. |
onomatipoetic | onomatopuitik | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa kiasan atau majas yang menggunakan kata yang hampir sama dengan bunyi atau suara yang ditimbulkan oleh sesuatu barang, gerak atau orang. |
ecological toxicity | ketoksikan ekologi | Herba | Fitokimia | Kajian mengenai bahan toksik yang dihasilkan oleh organisma hidup dan perkaitan ekologi yang ditimbulkan oleh bahan toksik tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesan persekitaran oleh populasi dan aktiviti organisma di sesuatu kawasan. |
aerify | mengudara | Kejuruteraan | Petroleum | Mengubah atau menukar fasa cecair kepada fasa wap dengan cara sedukan atau daya paksaan yang ditimbulkan oleh udara yang ditekankan ke dalam sistem cecair yang terlibat. |
odorant | bahan pembau | Kimia | Tiada | Sebatian kimia yang biasanya berbau busuk menyerdak yang dicampurkan ke dalam gas asli sehingga gas asli tersebut boleh dikesan. pengesanan dilakukan berdasarkan bau yang ditimbulkan oleh sebatian tersebut. Bahan pembau yang selalu digunakan ialah merkaptan. |
odorant | bahan pembau | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatian kimia yang biasanya berbau busuk menyerdak yang dicampurkan ke dalam gas asli sehingga gas asli tersebut boleh dikesan. pengesanan dilakukan berdasarkan bau yang ditimbulkan oleh sebatian tersebut. Bahan pembau yang selalu digunakan ialah merkaptan. Rujuk : merkaptan |
trucker's liability insurance | insurans liabiliti pemandu trak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan berkontrak yang memberi indemniti kepada pemandu atau pemilik trak yang digunakan bagi mengangkut barangan orang lain. Polisi ini melindungi liabiliti yang mungkin ditimbulkan oleh pemandu trak kerana kerosakan atau kerugian yang telah terjadi ke atas barangan yang diangkut. |