Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditukar

Puisi
 

Asam paya di dalam belukar,
     Pohon jati di tengah huma;
Hati saya tidak boleh ditukar,
     Hidup mati hendak bersama.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Kapak menelan beliung.

Bermaksud :

Yang baik ditukar dengan yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equity linked bondbon berkait ekuitiEkonomiEkonomi IslamBon yang boleh ditukar kepada ekuiti syarikat, iaitu saham biasa dalam tempoh yang ditetapkan pada harga dan kaedah tertentu. Contohnya, nilai bon RM1.00 ditukar kepada satu unit saham biasa yang berharga RM2.00. Oleh itu, pemegang bon boleh mendapat keuntungan daripada laba modal saham biasa tersebut. Penukaran boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu bon tersebut boleh ditukar secara langsung kepada saham dan melalui hak langganan boleh pindah (TSRs) atau waran.
convertible aircraftpesawat udara boleh ubahAeroangkasaTiadaPesawat udara yang direka bentuk supaya boleh ditukar daripada pesawat penumpang ke pesawat kargo atau sebaliknya.,Pesawat udara yang direka bentuk supaya boleh ditukar daripada pesawat penumpang ke pesawat kargo atau sebaliknya.
glyceridegliseridaMakanan dan PemakananTeknologi MakananEster yang terbentuk apabila satu atau lebih kumpulan hidroksil dalam gliserol ditukar ganti dengan asid lemak. Jika satu, dua atau tiga kumpulan hidroksilnya ditukar ganti dengan asid lemak, ester ini masing-masing dikenali dengan nama monogliserida atau monoasilgliserol, digliserida atau diasilgliserol dan trigliserida atau triasilgliserol.
available potential energytenaga keupayaan sedia adaSainsHidrometeorologiBahagian daripada jumlah tenaga keupayaan yang mungkin boleh ditukar kepada tenaga kinetik dalam sistem tertutup secara adiabatik. Jika atmosfera berlapisan mendatar, tiada tenaga keupayaannya yang boleh ditukar sedemikian. Tenaga keupayaan sedia ada bagi atmosfera itu dalam keadaan tertentu adalah perbezaan antara nilai jumlah tenaga sedia ada dan nilai yang patut ada padanya selepas taburan semula isentropi jisim menghasilkan pelapisan mendatar.
one-time-use passwordkata laluan sekali gunaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKata laluan yang ditukar selepas setiap sesi log masuk berjaya dilakukan. Penukaran ini dilakukan apabila terdapat kemungkinan besar kata laluan tersebut dipintas oleh pengguna hasad. Apabila log masuk berjaya dilakukan, kata laluan akan ditukar oleh pengguna atau dijanakan secara rawak oleh penjana kata laluan. Seterusnya, kata laluan yang lama akan dibatalkan dan menyebabkannya tidak berguna lagi kepada pengguna hasad.
currency converted into gold francmata wang ditukar kepada franc emasPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
apoconymapokonimPerpustakaanTiadaNama yang ditukar dengan cara memotong huruf atau suku kata.
new ballbola baruSukanTiadaBola yang ditukar selepas 75 over.
المقلوبḤadīth maqlūbAgama IslamHadithḤadīth yang ditukar-tukarkan pada sanad atau matannya.
granitizationpenggranitanGeografiTiadaProses di mana batuan persekitaran ditukar kepada batuan granit melalui tindakan bendalir granit yang terbit dari dalam kerak bumi melalui proses yang dikenal sebagai metasomatisme.
12345678910...

Kembali ke atas