Coriolis acceleration | pecutan Coriolis | Mekanik | Gunaan | Komponen pecutan yang wujud apabila pecutan sesuatu titik diukur secara nisbi terhadap pecutan suatu titik lain, dengan ukurannya dibuat dari paksi yang berputar. Jika pecutan titik A diukur dari titik P yang berada pada paksi yang berputar dengan halaju sudut w, maka pecutan Coriolis diberikan oleh ungkapan, 2w x vA/P dengan vA/P ialah halaju nisbi A diukur dari P. Pecutan Coriolis merupakan perbezaan di antara pecutan nisbi titik A yang diukur dari paksi tak berputar di P terhadap pecutan nisbi titik A yang diukur dari paksi yang berputar di P. Perhatikan bahawa magnitud pecutan Coriolis ialah 2wnA/P dan hala vektornya ditentukan berdasarkan peraturan tangan kanan bagi pendaraban vektor, iaitu bagi gerakan satah dengan vektor w yangnormal terhadap satah gerakan yang mengandungi vA/P dan 2w x vA/P, maka pecutan Coriolis serenjang dengan vA/P dan halanya mengikut putaran w dengan ekor vektor vA/P diambil sebagai pusat putaran yang berkenaan, seperti yang digambarkan dalam Rajah P2. SILA RUJUK RAJAH DI M/S |
derived quantity | kuantiti terbitan | Kejuruteraan | Tiada | Kuantiti yang diukur dalam sebutan kuantiti-kuantiti asas, misalnya ketumpatan yang diukur dalam sebutan kuantiti jisim dan panjang. |
pitch | pic | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Merujuk kepada sudut bilah yang diukur pada jejari standard dan biasanya diukur pada 2/3 daripada jejari luaran. |
azimuth | azimut | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Arah lencongan lubang gerudi yang dirujukkan kepada arah utara magnet bumi dan diukur mengikut arah jarum jam. Arah ini biasanya diukur dengan menggunakan peralatan lencongan yang dimasukkan ke dalam lubang berkenaan. 2) Lengkung yang dirakam dalam survei meter junam. Apabila dilihat dari atas lubang, ia merupakan sudut di antara arah utara magnet bumi dengan elektrod rujukan nombor satu yang terdapat pada sonde. Sudut ini diukur mengikut arah jarum jam. |
alveolar concentration | kepekatan alveolus | Perubatan | Tiada | Kepekatan gas dalam alveolus yang diukur dalam bentuk tekanan separa. Kepekatan gas diukur dalam unit mmHg atau kPa. Contohnya, kepekatan oksigen dalam alveolus diringkaskan sebagai PAO₂ dan karbon dioksida ETCO₂. Julat normal PAO₂ ialah 100 mmHg hingga 105 mmHg dan ETCO₂ ialah 35 mmHg hingga 45 mmHg. |
loudness level | aras kenyaringan | Fizik | Akustik | Aras bunyi yang diukur dalam fon dan sama nilainya dengan aras tekanan bunyi yang diukur dalam desibel. |
object distance | jarak objek | Fizik | Optik | 1 Jarak yang diukur dari objek ke satah utama pertama dalam sistem optik. 2 Jarak yang diukur dari objek ke kornea dalam mata. jarak benda. |
control area | kawasan kawalan | Aeroangkasa | Tiada | Ruang udara terkawal yang diukur dari aras tertentu hingga ketinggian tidak terbatas, kecuali jika ditentukan.,Ruang udara terkawal yang diukur dari aras tertentu hingga ketinggian tidak terbatas, kecuali jika ditentukan. |
mean horizontal lux | kuasa luks mengufuk min | Teknik | Elektrik | Purata kuasa luks yang diukur pada stah mengufuk dari semua arah lampu filamen yang diukur. Nilai ini biasanya diberi dalam perincian lampu tersebut oleh pembuatnya. Nilai ini amat berguna dalam perkiraan pencahayaan. |
exposure | dedahan | Fizik | Atom dan Nuklear | 1. Jumlah kuantiti sinaran yang diukur pada suatu tit dalam udara. 2. Amaun sinaran yang terkumpul daripada bahan pada suatu reaktor diukur sebagai tenaga terma yang dihasilkan per tan bahan api dari mula reaktor beroperasi dan dinyatakan sebagai megawatt hari per tan. |