oral formula | formula lisan | Kesusasteraan | Tiada | Cara yang sudah ditetapkan dalam menghasilkan tradisi lisan. Contoh: bahasa berirama, watak Bujang Selamat dan Si Kembang Cina dalam lipur lara atau Wak Dogol dalam Wayang Kulit Melayu. |
jester | badut | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang menggayakan sesuatu yang aneh sama ada suara dan gaya untuk orang lain tertawa. Contoh: Semar, Garing, Petrok, Bagong dalam wayang kulit Jawa atau Wak Dogol dalam wayang kulit Melayu. |
jester | badut | Kesusasteraan | Tiada | Watak pelawak dalam sesuatu persembahan seperti drama, sarkas, wayang, teater dan lain-lain. Dalam drama Melayu tradisional, watak pelawak ditampilkan dengan sifat yang hodoh dan berperanan sebagai penghibur, penasihat, dan pelayan raja. Contohnya, watak Semar dalam Wayang Kulit Jawa, dan watak Wak Dogol dan Wak Long dalam Wayang Kulit Melayu. Dalam tradisi Barat, watak pelawak dikenali sebagai court jester, contohnya dalam drama Shakespeare. |
clown | badut | Kesenian | Drama dan Teater | Watak pelawak dalam sesuatu persembahan seperti drama, sarkas, wayang, teater dan lain-lain. Dalam drama Melayu tradisional, watak pelawak ditampilkan dengan sifat yang hodoh dan berperanan sebagai penghibur, penasihat dan pelayan raja. Contohnya, watak Semar dalam Wayang Kulit Jawa, dan watak Wak Dogol dan Wak Long dalam Wayang Kulit Melayu. Dalam tradisi Barat, watak pelawak dikenali sebagai Court Jester, contohnya dalam drama Shakespeare. |
wayang kulit Kelantan | wayang kulit Kelantan | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang dan selatan Thailand. Ceritanya berasaskan epik Ramayana dan cerita rakyat Melayu. Watak penting dalam teater rakyat ini ialah Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Pak Dogol dan Wak Long. Ensembel yang mengiringi teater ini terdiri daripada serunai, gendang, geduk, gedumbak, tetawak, kesi dan canang. Sinonim wayang kulit Siam. |
miles gloriosus | miles gloriosus | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang suka bercakap besar tentang kehebatan dirinya tetapi sebenarnya dia seorang yang pengecut. Miles gloriosus merupakan watak prototaip dalam komedi Plautus, dramatis Romawi pada kurun ke-2. Watak ini kemudian menjadi watak stok yang sering terdapat dalam drama Inggeris. Watak ini juga dimanfaatkan dalam karya moden sebagai teman sampingan wira dengan tujuan untuk meningkatkan kehebatannya. Contoh watak miles gloriouses ialah Falstaff dalam drama Henry IV oleh Shakespeare. Contoh watak dalam sastera Melayu ialah Wak Long dan Wak Dogol dalam persembahan wayang kulit. |